"Jangan menghina biar di hina kerana sehina-hina orang yang dihina lebih hina yang menghina"

Circle Y Saddles

MUTAKHIR

.

Tuesday, September 15, 2009

Tabligh Mega Mosque London 2012




Umat Islam di London akan memiliki sebuah masjid berprestij tinggi yang dapat menampung lebih dari 40.000 (empat puluh ribu) jamaah dalam satu masa. Tapak masjid ini merupakan bekas tapak stadium olahraga yang dulunya digunakan untuk sukan kriket. Sejak stadium ini tidak digunakan lagi oleh peminat sukan kriket ini, maka stadium ini di jual kepada orang Islam. "Ini akan menjadi sesuatu yang belum pernah dilihat di negara ini ." Kata Abdul Khalique, Ketua Jamaah Tabligh ketika itu.


Masjid yang didaftar dengan nama Abbey Mills Mosque ini terletak di Dewsbury, West Yorkshire, London. Di sekitar Kawasan Industri dan Stadium Bawah tanah Westham. Lokasinya sendiri menempati tanah seluas 7,3 (ha) hektar dengan alamat Canning Road,London, E15 3NX, England.


Proses pembangunan masjid ini sendiri mendapat kontroversi, sejak diusulkan pada tahun 2005 yang lalu, dan memerlukan proses pembinaan yang panjang, kerana sebahagian masyarakat London, bimbang, bila masjid itu nanti digunakan sebagai markaz teroris. Tetapi sudah ditegaskan oleh tokoh-tokoh Jamaah Tabligh (JT) bahwa JT adalah organisasi non politik dan tidak ada hubungannya dengan tindakan terorisme di manapun di muka bumi ini.



Pembangunan masjid ini sendiri menelan belanja sebesar lebih dari 100 juta poundsterling, yang dikumpulkan dari seluruh ummat Islam di London dan negara-negara lain, dan perlu dicatat bahawa kerajaan Saudi Arabia tidak berada di sebalik pendanaan masjid ini. Pembangunan masjid di tangani oleh Ali Mangera, the London and Barcelona-based architect.



Lokasi masjid bertanda Icon merah

3 comments:

Ismi Ijmi said...

Assalamualaikum..
nak kepastian.. ini ke masjid yg dibeli tanpa persetujuan Nizamuddin??

Bonekahati said...

Wsalam,
Ana tak pasti, insyaALLAH seandainya dapat kepastian ana akan bagitau.

p/s: tanpa prasangka.

Kejayaan Pasti Ada.... said...

Wow dasat nihh...
Nampaknya ISLAM berkembang hebat di EUROPAH...
Kalau betul jadik dibina mesjid nihh jemaah dapat di keluar sebanyak2 nya drp markas nihh...