"Jangan menghina biar di hina kerana sehina-hina orang yang dihina lebih hina yang menghina"

Circle Y Saddles

MUTAKHIR

.

Wednesday, October 7, 2009

Ibu Tumpang




Ibu tumpang adalah fenomena yang masih baru diperkatakan di negara kita. Namun di luar negara terutamanya Amerika dan Eropah fenomena ibu tumpang sudah menjadi satu pekara biasa. Kadar permintaan ibu tumpang amat tinggi diatas permintaan pelanggan pasangan yang kurang upaya mendapatkan anak, dan juga dari alasan lain.




Perkhidnatan ibu tumpang boleh didapati dimana mana buku yellow pages mahupun web site di internet. Biasanya perkhidmatan ini diatur oleh agensi agensi secara sah. Agensi ini mengatur dari awal dari segi pengiklanan dan menyimpan data data pengurusan kesihatan dan undang-undang pada ibu terbabit dan pelanggan sehinggalah proses melahirkan anak tersebut. Kira kira sejumlah wang yang besar sepuluh ribu dollar sehingga seratus ribu dollar diperlukan bagi yuran kontrak dan pembiayaan kesihatan ibu tumpang semasa mengandung.




Ibu tumpang kebanyakannya terikat dengan kontrak terbabit akan melepaskan anak yang dikandungnya sembilan bulan mengikut perjanjian. Kenapa wujudnya ibu tumpang ini ? dalam era milenium baru manusia sudah berada tahap yang maju sehinggakan boleh menjalankan proses kelahiran mengikut kehendak masing-masing. Proses kelahiran ibu tumpang adalah sama ada melalui sperma pelanggan dengan ovum ibu tumpang sendiri, dan juga pemindahan embrio kedua pasangan pelangan tersebut. Secara jelasnya rahim atau tempat bayi mendapatkan makanan ibu semasa dalam perut telah dijadikan sebagai bahan kilang atau sewaan. Atau secara kias nya kilang yang menghasilkan barangan iaitu anak tadi. Dalam hal ini tidak pula menjadi kesalahan bagi kebanyakan negeri di Amerika. Ibu tumpang pula terdiri dari wanita yang menopaus mahupun yang subur. Kebanyakannya terdiri daripada kawan ataupun saudara rapat sama ada adik beradik mahupun nenek tua.




Pemilihan ibu tumpang adalah berdasarkan kesihatan yang optimum untuk mengandung sehingga melahirkan. Selain kesihatan faktor lain juga diambil kira pada ibu tumpang tersebut dari segi persekitaran rumah, pemakanan dan juga penyakit genetik keluarga. Namun ada ibu tumpang menghadapi masalah pada pengurusan dan selepas melahirkan. Kes kes ibu tumpang hadir dalam pelbagai bentuk dan cara diantaranya ialah syarat kontrak yang tidak berperikemanusiaan, dan kesihatan dan emosi ibu tumpang selepas melahirkan. Kebanyakan urusan ibu tumpang bekenaan hal kesihatan mahupun perjanjian dijalankan oleh agensi terlibat. Agensi ini biasanya diketuai oleh para pakar dalam kedoktoran dan juga peguam ahli undang-undang. Pengguna ibu tumpang terdiri dari pelbagai pasangan yang tidak mampu atau keupayaan melahirkan anak.




Ini jelas bagi wanita yang tidak mempunyai rahim yang kuat, tiub falapio, dan sebagainya. Terdapat juga lelaki yang mati pucuk sangup menerima anak isterinya dengan sperma lelaki lain dalam bank sperma, dan selain itu juga terdapat juga lelaki dan perempuan yang tidak mahu kahwin tapi mahu anak dari benih sendiri.dan ada juga pasangan gay atau lesbian yang sudah berkahwin di Amerika yang inginkan anak dengan menggunakan proses ini. Ibu tumpang yang berkeupayaan membesar dan melahirkan anak untuk mereka. Selepas kelahiran anak tersebut ibu tumpang tersebut akan sedia melepaskan pada ibu bapa tadi. Dan anak tersebut akan dibesarkan oleh keluarga yang membayar kontrak tadi. Proses penyewaan rahim dari ibu tumpang boleh dilihat melalui pelbagai cara yang komplek diantaranya ialah: (IVF; in vitro fertilazation), persenyawaan bayi tabung uji Terdapat dalam empat cara yang asas yang berlaku diantara pasangan namun boleh dijadikan lebih spesifik lagi.




Contohnya bagi gay, lesbian dan yang tidak mahu kahwin.



1. sperma suami dipindahkan kepada ibu tumpang. Sperma ini bersenyawa dengan ovum ibu tumpang ,ini bermakna anak yang di kandung oleh ibu tumpang adalah anaknya sendiri hasil penzinaan dengan lelaki orang lain dengan persetujuan ketiga pihak, ibu tumpang agensi dan pelanggan.



2. sperma lelaki dan ovum pasangan disenyawakan di dalam makmal dan embrio yang terbentuk akan dilekatkan di rahim ibu tumpang bagi meneruskan proses pembesarannnya. Sungguhpun nampak kebaikan dalam proses kedua ini namun anak tetap keliru pada siapakah ibu nya, benarkah ovum ibu yang tersenyawa.



3. Proses ketiga lebih kurang sama dengan proses pertama cuma ovum diperolehi dari bank ovum. Dan persenyawaan ini menghasilkan embrio seterusnya akan di besarkan dalam rahim ibu tumpang.



4. Proses empat rahim akan disi embrio dari lelaki gay atau perempuan lesbian yang mana sudah tentu tidak boleh melahirkan anak.



Sperma dan ovum dari mereka akan di senyawakan dengan sperma dan ovum bank. Kadangkala bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan . bayi yang separa matang kadangkala berumur 26 minggu berbeza dengan tarikh sebenar 40 minggu. Ini menambahkan kos kerana pengjagaan bayi premature adalah amat tinggi. Hospital di Malaysia sendiri mengenakan kos pengjagaan bayi premature antara 10000-15000 sebulan. IVF juga memberi jalan untuk pasangan yang inggin memilh baka yang baik. Contohnya pemilihan sperma orang yang bijak, ini akan menimbulkan sikap diskriminasi pada sesuatu manusia yang tidak berkebolehan tinggi. Diskriminasi ketas manusia sesama manusia adalah perbuatan yang tidak beretika. Proses IVF pada ibu tumpang juga tidak menunjukan keperluan perubatan tetapi memenuhi nafsu kehendak manusia. Dimana sikap manusia itu sendiri meninggalakan cara yang nature kepada satu cara yang pelik.



Dalam perjanjian , kontrak digunakan bagi kebanyakan agensi ibu tumpang . kontrak terkandung persetujuan pasangan untuk membayar perbelanjaan semasa mengandung dan semasa kelahiran anak. Yuran untuk mendapatkan ibu tumpang amat mahal diantara sepuluh ribu sehingga seratus ribu dollar setiap kali mengandung. Ibu tumpang pula setuju untuk mengandungkan anak dengan sperma lelaki atau pun pasangan yang telah fertilized embrio persenyawaan luar. Ibu tumpang juga setuju untuk melupakan hak pengjagaannya kepada bayi dan menyerahkannya kepada pasangan tersebut. Dan kebanyakannya banyak wang diberikan pada ibu tumpang selepas kelahiran anak. Kehidupan ibu tumpang dan perbelanjaan perubatan biasanya di beri semasa ibu tumpang mengandung.



Walaupun kebanyakan perjanjian ibu tumpang tidak bermasalah semasa dibuat selalunya ia timbul ia timbul seperti perniagaan kanak-kanak. Ini disebabkan konsep ibu tumpang yang dinggap baru, terdapat beberapa undang undang dan peraturan baru di Amerika yang mempertimbangkan kontrak ini. Se setengah negeri di sana mengangap kontarak ibu tumpang adalah sah. Mahkamah juga tidak selalunya memohon komitmen ibu tumpang untuk melepaskan anak kandungannya kepada pasangan yang membiayainya. Bagi negeri yang menghalang kontrak lebih sukar untuk memutuskan hak yang sepatutnya. Undang-undang keluarga mempertimbangakan apa yang baik. Dengan kerana itu hakim akan pertimbangkan hubungan ibu secara biologi kepada bayi dalam menyelesaikan permasalahan ibu tumpang. Hukum perundangan dalam US superreme court juga kurang jelas pada masalah yang timbul pada konrak ini. Keputusan penggunaan ibu tumpang yang dibuat adalah secara peribadi dan sulit. Walaubagaimanapun sekali keputusan dibuat sesetengah isu mengenai perubatan dan keewangan perlu dipertimbangkan.



Dalam pemilihan ibu tumpang beberapa pekara yang diambil kira seperti; Adakah keupayaan ibu tumpang itu sihat dan bebas dari penyakit? - Adakah ibu tumpang itu mempunyai bahan genetik yang sesuai untuk melahirkan anak pasangan tersebut - Adakah perasaan ibu tumpang itu stabil emosi dan fizikal semasa dan selepas mengandung - Bagaimana keadaan persekitaran ibu tumpang dalam keadaan mengandung - Adakah ibu tumpang mempunyai penyakit genetik keturunan yang mungkin mendatangkan kesan pada bayi. Pasangan tersebut perlu mempertimbangakan? - Kewangan dan hubungan sentiasa terjalin - Perasaan menerima secara emosi dan psikologi untuk membesar anak nanti tanpa rasa perasaan yang berlainan. - Bersedia menunjukan persekitaran yang baik untuk anak nanti Adakah perhubungan baik terjalin antara ibu tumpang dan pasangan tersebut.



Sesetengah pasangan memilih untuk mendampingi ibu tumpang semasa dan selepas kelahiran bayi. Manakala sesetengah pasangan langsung tidak mengambil tahu tentang anak yang bakal dilahirkan hanya sejumlah wang yang diserahkan pada ibu tumpang. Namun selalunya kebanyakan ibu tumpang akan menyerahkan anak yang dikandungnya kepada pasangan tesebut. Sama seperti yang disebut dalam perjanjian kontarak. Seperti yang telah kita ketahui ibu tumpang ini juga seorang ibu yang mempunyai perasaan tehadap anak yang telah dikandungnya selama sembilan bulan sepuluh hari. Banyak pandangan telah diberikan keatas fenomena yang terjadi pada kes ibu tumpang ini. Ada yang mengangap proses ibu tumpang harus lah diharamkan kerana ia menggangu proses semulajadi kelahiran kanak-kanak. Secara fitrah manusia yang dilahirkan akan melalui keadaan air mani bapa (sperma) dan ibu (ovum ) melaui proses istimta ataupun lebih dikenali sebagai persetubuhan. Hasil dari persetubuhan ibu dan bapa yang sah tadi akan mengghasilkan persenyawaan sperma dan ovum lalu terbentuk embrio dan melekat pada rahim. Persetubuhan kedua ibu bapa yang sah akan membentuk anak yang dihasilkan melalui proses kasih sayang kedua ibu bapa. Kini ia sudah berubah anak yang dilahirkan adalah hasil ekperimentasi makmal dan bukannya secara lumrah manusia. Sperma yang di senyawa dengan ovum di dalam tabung uji akan diplih dan ibu tumpang pula di gunakan untuk meneruskan proses pembesaran anak itu.



Dalam proses baru ini ibu tumpang samalah seperti pelacur dimana dibayar rahimnya untuk membesarkan anak tadi. Sungguhpun ramai berpendapat ibu tumpang adalah pekerjaan murni namun kita tidak boleh lari dari hukum tuhan yang begitu jelas mengatakan setiap percubaan yang memasukan sperma lelaki lain yang bukan suami adalah perbuatan zina. Namun dalam konteks ini kita lihat kebanyakannya warga Amerika tidak berpegang kepada hukum asal. Para saintis, doktor mahupun peguam hanya mengikut hukum akal. Ini dapat dilihat dimana ibu tumpang telah dijadikan satu percubaan dan kini dibenarkan. Dari hal kesihatan yang mungkin wujud pada ibu tumpang juga akan menjadi satu permasalahan lain. Ibu tumpang juga adalah manusia, walaupun penilaian terpeinci telah dilakukan namun sesetengah ibu juga mungkin menghadapi penyakit genetik keluarga yang mana akan memberi kesan pada anak tersebut. Sebagai contohnya penyakit alahan darah , hemofilia mahupun leukimia. Penyakit alahan seperti ini akan menggugat anak bakal dilahirkan ini kerana peredaran darah antara anak dan ibu tumpang akan berlaku. Begitu juga tabiat sampingan ibu tumpang yang kemungkinan meminum arak dan menghisap rokok mahupun dadah dan pil akan juga mempengaruhi tabiat anak yang dilahirkan.



Selain ibu tumpang anak persenyawaan in vitro juga kemungkinan membawa penyakit penyakit pada ibu tumpang. Sama sepeti patogen yang memasuki badan embrio berkemungkinan tidak dipastikan benar bebas dari kuman dan virus yang mana akan mengubah serba sedikit genetik bayi. Disamping sebab kesihatan emosi ibu tumpang juga harus diketahui sama ada ia benar ikhlas atau pun terpaksa menjadi ibu tumpang. Emosi yang tidak stabil akan menggangu emosi anak yang dikandung. Selain itu ibu tumpang juga harus diberikan rawatan sepenuhnya sebelum mengandung dan selepas mengandung. Ibu tumpang yang sakit melahirkan anak mungkin akan terbawa bawa menyebabkan emosinya terus terganggu. Tambahan lagi anaknya itu akan diberikan pada orang, setiap ibu mempunyai perasaan yang tersendiri dan tidak pernah ada ibu yang tidak menyayangi anaknya.



Wang bukanlah merupakan penyelesaiaan kepada penyakit tersebut. Kasih sayang ibu pada anak yang dikandung adalah melebihi dirinya sendiri. Ini akan mengakibatkan perasaan ibu tumpnag tersebut terganggu. Dari perspektif masyarakat dan agama serta pandangan orang ramai mungkin akan memberikan pendapat yang berbeza. Namun kebanyakan ibu tumpang akan merasa tertekan kerana kandungan yang dikandunganya selama sembilan bulan itu akan berpisah denganya. Ianya datang terutama sekali dari masyarakat yang sedia tahu apa yang berlaku, mengapa berlaku dan masyarakat akan mula menyisih ibu tumpang kerana perbuatanya mungkin dianggap zalim kerana sanggup menyewakan rahim kepada pasangan lain untuk mendapatkan wang. Masyarakat Amerika cuma mengagap ibu tumpang itu bermoral jika tiada wang dilibatkan contohnya keikhlasan ibu tumpang tanpa perlu wang mahupun perjanjian. Bagi masyarakat Islam sudah jelas hukumnya akan konsep zina tetap berlaku. Ini bermakna setiap perbuatan mengandungkan anak orang lain adalah haram dan berdosa. Pasangan yang tidak uapaya mendapat anak wajib redha atas apa yang di tentukan oleh takdir tuhan. Bagi masyarakat cina mereka mementingkan kebahagiaan dan menggalakkan pengambilan anak angkat. Seharusnya masyarakat peka akan tiap kes kes yang timbul akibat ketidakupayaan ini dan menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik.



Sebagai contoh umat Islam yang mana setiap masalah dapat diatasi. Contohnya bagi suami yang tidak upaya isteri boleh meminta cerai darinya dan bernikah dengan lelaki lain agar tidak berlaku penzinaan. Begitu juga isteri yang tidak upaya suami boleh poligami. Ini kerana Islam menyuruh memelihara keturunan. Setiap keturunan yang lahir kebumi perlu tahu siapa ibu kandungnya dan siapa bapanya. Bagi anak ibu tumpang ibu kandung adalah ibu tumpang manakala ibu genetik ibu pasangan tersebut. Maka di sini tidak terdapat pemeliharaan keturunan boleh dikata sifat rasional manusia anak akan keliru akan keturunannya. Perasaan ibu, anak, ibu bapa genetik harus diambil kira juga tidak semua pekerjaan itu di sertakan dengan niat yang ikhlas ada juga yang terdesak oleh keaadaan. Ibu tumpang disini dapat kita lihat terdesak pada keewangan dan pasangan kontrak pula melihat kanak-kanak jiran dan kawa-kawan dan timbul keingginan mempunyai anak. Namun tidak dapat dipastikan kasih sayang mereka pada anak tersebut sudah pasti terselit perasaan tidak percaya dan tidak puas hati. Dan anak tersebut mungkin akan terbiar sama seperti anak-anak lain di barat.



Kesimpulan yang dapat kita perolehi proses kelahiran ibu tumpang bukanlah suatu proses yang bagus dalam penyelesaian masalah mandul. Pelbagai masalah etika yang akan timbul dan sukar ditangani. Di dalam mempersoalkan relevan ataupun tidak bagi penggunaan ibu tumpang melalui pandangan beberapa tokoh etika hubungkaitkan dengan penggunaan ibu tumpangan. Ada tokoh etika bersetuju dalam penggunaan ibu tumpang ini dan ada yang tidak. Antaranya yang bersetuju dengan penggunaan ibu tumpang ini ialah Aristotle. Dalam pernyataannya "A good life for man is a life of happines" yang bermaksud kehidupan yang baik bagi manusia ialah kehidupan yang bahagia. Secara tidak langsung Aristotle menyokong penggunaaan ibu tumpang kerana bagi beliau beranggapan kehidupan yang baik dan sempurna adalah kehidupan yang bahagia.



Ini memberi maksud yang lain bahawa pasangan yang tidak boleh mendapatkan anak secara semulajadi boleh menggunakan perkhidmatan ibu tumpang bagi mencapai kebahagiaan mereka di dalam mencapai kehidupan yang baik dan sempurna di dunia ini. Tokoh etika yang tidak bersetuju dengan penggunaan ibu tumpang ini pula Zeno. Beliau mengemukakan konsep Predestination iaitu takdir dimana berpuas hati dengan segala apa yang ada .Konsep ini adalah menyamai dengan konsep Qanaah ataupun lebih dikenali sebagai konsep redha. Islam melarang umatnya berbuat demikian dengan anggapan ia satu perzinaan iaitu perhubungan seks lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah. wujudnya konsep perzinaan di sini kerana perkhidmatan ibu tumpang ini membenarkan persenyawaan sperma dan ovum berlaku tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Islam ditegakkan untuk menjaga lima perkara iaitu agama, jiwa, harta, maruah dan keturunan. Penggunaan ibu tumpang berlaku kekeliruan keturunan, bayi yang dilahirkan itu tidak dapat dipastikan keturunannya iaitu samada daripada keturunan ibu bapa kontrak ataupun daripada keturunan ibu tumpang. .



Oleh sebab itulah Islam mengharamkan penggunaan perkhidmatan ibu tumpang ini bagi menjaga salah satu perkara tersebut iaitu dengan bertujuan memelihara keturunan. Agama Kristian Khatolik turut melarang penggunaan perkhidmatan ibu tumpangan kerana Kristian Khatolik melarang pengeluaran air mani secara artificial iaitu tidak semula jadi termasuklah dengan cara membenarkan persenyawaan sperma dan ovum berlaku di luar rahim. Ini Jelas dapat dilihat di dalam proses ibu tumpang di mana terdapat air mani di ambil samada dari bank sperma atau bank ovum untuk disenyawakan. Namun ajaran Kristian mazhab protestan sebaliknya mereka beranggapan penggunaan perkhidmatan ibu tumpang ini tidak salah dari sudut pandangan agama. Dari pengkajian dan pemerhatian topik boleh dikatakan penggunaan ibu tumpang sememangnya tidak menepati fitrah kelahiran manusia dan pasti membawa pelbagai masalah di dalam masyarakat. bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah kemandulan tetapi menambahkan masalah kekeliruan keturunan di dalam masyarakat. Persoalan siapakah anak itu dan benarkah ia anak kedua ibu,bapanya masih menjadi persoalan masyarakat .



Gejala gay dan lesbian akan bertambah dan memperolehi anak tanpa melalai kaedah ini pun akan bertambah. Nyatalah sekarang ini tujuan sains dan teknologi yang baru tidak lagi menepati keperluan masyarakat malahan mengikuti perkembangan arus yang tidak menentu oleh masyarakat kini. Perubahan masyarakat yang sudah meninggalkan prinsip etika dan agama yang menjadi pegangan sejak dahulu lagi membuatkan manuisa lalai pada hak dan batasan. Seharusnya para sains dan doktor menjalankan pengkajian untuk yang lebih berfaedah bukan nya kaedah sebegini. Lebih lebih lagi kadar penyakit yang tinggi di negara ketiga dan juga peledakan kebimbangan terhadap milenium baru dimana manipulasi genetik, kemunculan virus baru mengikut Alain Pave dari French National Centre for Scientfic Research (CNRS), kebimbangan virus HIV dan ebola yang merebak secara semulajadi ke kawasan sekitar. Mahupun kajian yang lebih penting lagi bagi membangunkan negara miskin. Rujukan 1. Nota kuliah SFES 2103 puan Siti Noraini 2. Kurier UNESCO terbitan 9 Oktober 1998, muka 14. 3. Laman web http://www.phoenix.net/~townhall/surroget/surrogate.html organisasi ibu tumpang

No comments: