"Jangan menghina biar di hina kerana sehina-hina orang yang dihina lebih hina yang menghina"

Circle Y Saddles

MUTAKHIR

.

Tuesday, June 15, 2010

Pindah Kuda ke Polo Club Stable.

Lega rasanya pindah Ribeiro ke POLO CLUB stable. Kittun sangat suka dengan suasana POLO CLUB KELANTAN berbeza dengan suasana di stable lama. Di sini kita dapat rasa suasana segar dengan rumput yang menghijau. Kuda juga nampak nyaman dengan keadaan di sini. Kebersihan nampaknya amat dititikberatkan. Kuda kita dijaga dengan rapi dan teliti. Diet kuda juga sangat berkualiti.

Waktu yang paling seronok untuk menunggang adalah di awal pagi. Ia juga sangat baik untuk kesihatan. Setiap hari seawal jam 6.30am kittun sudah bersedia untuk berangkat ke padang polo. Untung padang polo tidak jauh dari rumah kittun. Biasanya kalau kittun tiba di stable Nina sudah siapkan kudanya untuk turun ke padang. Jadi kami akan riding bersama-sama.  2 jam untuk riding. Selesai riding kami sejukkan kuda dan terus mandikan mereka. Waktu mandikan kuda adalah paling seronok bagi kittun. walaupun kerja mandikan kuda itu akan dilakukan oleh budak-budak di stable tapi kittun lebih suka mandikan sendiri Ribeiro. Keserasian & hubungan kasih sayang antara kuda dan pemilik akan menjadi lebih erat. Kebanyakkan kuda-kuda di POLO CLUB lebih mengenali penjaga kuda lebih dari pemilik mereka sendiri. Kittun tidak mahu itu berlaku kepada Ribeiro. Biarlah kittun urus sendiri Ribeiro itu lebih berpuas hati kerana Kittun sangat menyayanginya.


Suasana  POLO CLUB di waktu pagi. Kuda akan dibawa keluar untuk riadah. Kadang-kadang pemilik tidak mempunyai waktu untuk bersama kuda mereka, penjaga kuda akan pastikan kuda sentiasa cukup stamina. Kuda yang tidak beriadah mungkin akan mudah diserang penyakit jantung. Memang di POLO CLUB KELANTAN perkara tersebut amat dititikberatkan. Syabas untuk pihak pengurusan POLO CLUB KELANTAN.



 





Suasana di padang POLO





Kittun & Ribeiro











Mandikan Ribeiro,










Pastikan seluruh bahagian bersih.













Bersama Nina from Sweden

2 comments:

sayyidah nafisah said...

Salam sis, i would like to try riding a horse...mahal ke penjagaan kuda ?

Bonekahati said...

Wsalam,
Cubalah menunggang kuda pasti awak akan gembira dan kesihatan yang lebih baik. Bagi sesetengah org yg mampu mungkin tidak akan terbeban dgn kos penjagaan kuda.

Kalau ingin mememiliki kuda pastikan semua keperluan kuda dr makanan, supplement,dan pengurusan kebersihan perlu dititik beratkan. Jgn kedekut utk berbelanja.