"Jangan menghina biar di hina kerana sehina-hina orang yang dihina lebih hina yang menghina"

Circle Y Saddles

MUTAKHIR

.

Monday, July 12, 2010

CTREDZUAN di Wakaf Aik Stable.

Setiap hari seperti biasa kittun akan ke stable untuk menguruskan kuda kittun di sana, tapi hari ini special sikit dari hari-hari biasa. Kittun menerima kunjungan CT & Hubby di Stable Wakaf Aik. Gembira sungguh rasanya menyambut kedatangan mereka berdua. Terasa seperti menyambut kedatangan VIP. Terima kasih CT & Hubby kerana sudi mencemar duli ke Stable Wakaf Aik. Kami memohon maaf diatas ketidak sempurnaan tempat kami kerana masih dalam proses menaik taraf tempat reakreasi. InsyaALLAH dalam masa terdekat semuanya akan kembali pulih seperti biasa. 

Kittun puji semangat CT & Hubby, walaupun mereka jauh dari tempat kami tetapi mereka berusaha juga untuk datang ke mari. Semoga dengan usaha yang sedikit itu akan membuahkan hasil yang manfaat untuk CT & Hubby. Cuba yang terbaik kerana beriadah dengan kuda itu sangat-sangat baik jika dibandingkan dengan riadah lain. Sukan yang dicintai Rasulullah s.a.w ini pasti banyak faedahnya untuk ummat.





Sunday, July 11, 2010

Kelebihan Menunggang Kuda


Please Click Slide for next page
PENGENALAN Berkuda ternyata mendatangkan banyak manfaat antaranya menyembuhkan berbagai penyakit/masalah. Seperti mental, emosi, fizikal, bahasa, autisme , sindrom down dan lain-lain. Menurut Lisa McCallum (Seorang terapis berkuda). "Menunggang kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah penyembuhan".

FAEDAH UMUM Faedahnya meliputi seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental. Penunggang kuda biasanya terhindar dari masalah sakit belakang. Membantu mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan ‘galloping’ kuda. Menunggang kuda baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Seluruh anggota dalam tubuh badan manusia termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum. Ini menjadikan penunggang kuda sihat dan bertenaga. Horse drawn litter in use for hippotherapy

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal, misalnya lumpuh, berkuda adalah cara mereka menikmati kebebasan yang selama ini tidak mereka dapat semasa berada di atas kerusi roda. Duduk di atas kuda juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan. Menurut McCallum, terapi berkuda memiliki tiga faedah utama, iaitu bersukan, pendidikan, dan pengubatan Ketiga-tiga perkara di atas sangat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak khas.

Menurut Chassigne Menunggang kuda sebagai terapi banyak memberi manfaat . Dalam catatannya menunggang kuda dapat membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan apa yang penting ia mendorong semangat penunggang. Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi. Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya. Membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi). Melalui aktiviti berkuda ini adalah diharapkan murid-murid bermasalah pembelajaran dapat :- Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri mereka. Melatih mereka supaya mematuhi disiplin. Pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat sekitar. Berinteraksi sesama rakan lain khususnya dan juga masyarakat luar amnya. Membentuk sikap bertanggungjawab dan menghormati orang lain.

KESIMPULANNYA : Terapi berkuda atau hippo therapy merupakan satu aktiviti yang disarankan oleh Rasulullah SAW secara tidak langsung selain dari memanah dan berenang. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim). Sebagai umat Islam kita hendaklah mematuhi setiap apa yang disarankan oleh Rasulullah, kerana setiap suruhan rasulullah itu terkandung 1001 manfaat.

Friday, July 9, 2010

Mini Endurance D'POLO CLUB KELANTAN

 Mr.Jaki Menunggang Kuda Cik Hamid

Mini Endurance menjadi aktiviti mingguan bagi kami geng2 POLO CLUB KELANTAN, Seronok pula rasa bila aktiviti seperti ini dibuat pada hujung-hujung minggu. Nampaknya POLO CLUB KELANTAN bukan saja tempat untuk berlatih POLO malah ada aktiviti yang mendedahkan ahlinya kepada sukan ENDURANCE. Syabas kepada penganjur. Disini kita boleh menilai sejauh mana kemampuan kita dan kekuatan kuda kita. Kittun sangat suka aktiviti ini. Memang sama sekali tidak akan lepaskan peluang untuk menyertainya. Abg Zu sebagai ketua pasukan dan Mr.Jaki pula sebagai penunjuk jalan.( tak payah pakai GPS ) Mereka berdua sudah arif dalam aktiviti bersama kuda. Seawal pagi kami telah bersedia untuk berangkat. Abg.Zu, Mr.Jaki, Mamat, Mie, Arn, dan kittun. Permulaan perjalan kami meredah dusun kelapa disusuli padang rumput yang luas, kawasan penerokaan untuk projek airport, kawasan perkampungan masyarakat melayu dan bermacam-macam lagi. Tak sangka dalam kawasan padang yang kami lalui ada trek lumba kuda, kami semua mencuba trek untuk menguji kekuatan kuda masing-masing hahaha. Dalam meredah jalan & belukar kami dikejutkan dengan sekumpulan lembu, untung kami ada cowboy yang pandai menghalau & mengepung lembu... itulah 'Mr.Jaki', Kami cuba untuk mencari jalan singkat untuk ke Taman Bendahara tapi gagal. Banyak lorong dipagar dengan kawat besi. Walaupun begitu kami berpatah balik dan meneruskan perjalanan merentasi perkampungan masyarakat melayu disini. Tidak sedar masa berlalu, hari semakin tinggi akhirnya kami sepakat untuk pulang. Jalan altenatif digunakan sehingga menemukan kami dengan sebatang sungai yang sangat cantik. Kami menyusuri sungai sehingga sampai ke Stable kembali. Nampaknya peserta-peserta kami sangat kuat, kuda -kuda kami juga alhamdulillah. Kami semua berpuas hati.

Abg Zu ketua pasukan

Antara ahli yang menyertai

Sawa budak kecik kepala botak terpaksa berpatah balik 
ke stable kerana anak kuda arab nya mengalami masalah
Mr.Jaki Profesional Horses Trainer


Kepala Ribeiro
Mr.Jaki sedang mengepung sekumpulan lembu
Dusun Kelapa


Arn dan kudanya
Merentas Desa


Mendengar Taklimat dari Ketua pasukan

Bersedia untuk berangkat pulang

Monday, July 5, 2010

Dari XRace Jadi Kuda Polo

TEAM POLO CLUB KELANTAN



Sunday, June 27, 2010

Wednesday, June 16, 2010

Tuesday, June 15, 2010

Pindah Kuda ke Polo Club Stable.

Lega rasanya pindah Ribeiro ke POLO CLUB stable. Kittun sangat suka dengan suasana POLO CLUB KELANTAN berbeza dengan suasana di stable lama. Di sini kita dapat rasa suasana segar dengan rumput yang menghijau. Kuda juga nampak nyaman dengan keadaan di sini. Kebersihan nampaknya amat dititikberatkan. Kuda kita dijaga dengan rapi dan teliti. Diet kuda juga sangat berkualiti.

Waktu yang paling seronok untuk menunggang adalah di awal pagi. Ia juga sangat baik untuk kesihatan. Setiap hari seawal jam 6.30am kittun sudah bersedia untuk berangkat ke padang polo. Untung padang polo tidak jauh dari rumah kittun. Biasanya kalau kittun tiba di stable Nina sudah siapkan kudanya untuk turun ke padang. Jadi kami akan riding bersama-sama.  2 jam untuk riding. Selesai riding kami sejukkan kuda dan terus mandikan mereka. Waktu mandikan kuda adalah paling seronok bagi kittun. walaupun kerja mandikan kuda itu akan dilakukan oleh budak-budak di stable tapi kittun lebih suka mandikan sendiri Ribeiro. Keserasian & hubungan kasih sayang antara kuda dan pemilik akan menjadi lebih erat. Kebanyakkan kuda-kuda di POLO CLUB lebih mengenali penjaga kuda lebih dari pemilik mereka sendiri. Kittun tidak mahu itu berlaku kepada Ribeiro. Biarlah kittun urus sendiri Ribeiro itu lebih berpuas hati kerana Kittun sangat menyayanginya.


Suasana  POLO CLUB di waktu pagi. Kuda akan dibawa keluar untuk riadah. Kadang-kadang pemilik tidak mempunyai waktu untuk bersama kuda mereka, penjaga kuda akan pastikan kuda sentiasa cukup stamina. Kuda yang tidak beriadah mungkin akan mudah diserang penyakit jantung. Memang di POLO CLUB KELANTAN perkara tersebut amat dititikberatkan. Syabas untuk pihak pengurusan POLO CLUB KELANTAN.



 





Suasana di padang POLO





Kittun & Ribeiro











Mandikan Ribeiro,










Pastikan seluruh bahagian bersih.













Bersama Nina from Sweden

Friday, June 4, 2010

Pure Arabian Horses Farm Bilakah Mimpi Akan Menjadi Nyata...



Sejauh mana anda mengenali kuda arab? Bukan kuda arab kacuk tapi Pure Arabian Horse with PEDIGREE di bawa khas dr padang pasir YEMEN. Rata-rata orang tahu kuda arab adalah kuda yang terbaik. Tahan lasak, adalah ciri-ciri utamanya. Potongan badan yang cantik. Kittun suka melihat bentuk kepala kuda arab, sekali pandang seperti Kuda Laut (sea Horses). Karektor juga sangat menarik dan cerdik. Kalau ia berlari lembut sungguh langkahnya. Ekor yang terangkat kepala yang mendongak aduh... cantik amat. Azam untuk memiliki sepasang Kuda Arab Asli khas untuk pembiakan. pasti ia memerlukan modal yang tinggi. Mana tidaknya sepasang kuda arab asli agak lumayan, harga yang belum termasuk kos pernghantaran lagi sudah mencecah puluhan ribu usd. Kecantikkannya itu benar-benar buat kittun jadi gila. Lebih-lebih lagi yang berwarna hitam solid. Kalau dulu kittun berazam untuk membuka sebuah cattery kucing Bengals berkualiti tinggi, alhamdulillah ianya berhasil dengan mengimport 6 ekor kucing bengals induk dari USA & U.K Kittun berjaya membiakkan mereka. Maka wujudlah KITTUNKATZ BENGAL CATTERY. Kini perhatian tertumpu pada kuda arab pula. Nampaknya kena berusaha kumpul dana untuk matlamat itu, supaya ia tidak menjadi angan-angan kosong insyaALLAH

Tuesday, June 1, 2010

Bila Sudah Jatuh Cinta Sama Kuda, Ada yang Cemburu Sama Kita.

Kuda sejenis binatang pintar yang memiliki emosi seperti manusia juga. Kadang-kadang ia lebih sensitif dari manusia. Apa yang saya dapat lihat kedua ekor kuda milik Kittun ini mempunyai karektor yang berbeza. Ribeiro & Baby Empreror, kedua-dua kuda ini sangat manja. Yang paling manja adalah Ribeiro. Bila salah satu dari mereka pandai mengambil hati kita, pasti kasih sayang akan terjalin.  Kedua-dua mereka suka menagih kasih daripada kittun. Sifat cemburu bukan hanya dapat dilihat pada manusia. Kuda juga mempunyai sifat cemburu itu. Lebih-lebih lagi Ribeiro. Ia sangat cemburu bila kittun menghampiri baby emperor. Pernah terjadi kes Ribeiro mengigit bila Baby Emperor datang menghampiri kittun. Ia tidak suka kalau kittun rapat dan manja dengan kuda lain. Itulah Ribeiro.

Himran

Ada seekor lagi kuda bernama Himran, kuda dari Myanmar tak tahu gred & jenis apa, tapi dia ni sangat-sangat agresif. suka tendang dan gigit orang. Kittun sendiri pernah digigitnya. Tidaklah cedera tapi kesan lebam itu ada. Agak sukar untuk menguruskannya. Walaupun begitu ia mempunyai  kelebihan tersendiri, Himran dia tak pernah letih. Walau dibawa berlari sejauh mana pun dia masih segar walau peluh membasahi tubuhnya. Lihat kakinya kita sudah dapat meramalkan ketahanannya. Ia agak lasak, mungkin sebelum ini pernah digunakan untuk menarik beban atau sesuatu yg memerlukan kekuatan. Tenaganya seperti kuda arab. Berbanding dgn Ribeiro & Baby Emperor,  Himran  jauh lebih bertenaga walaupun Himran itu kuda betina. Ambil masa yang agak lama untuk menghampiri Himran. Setiap kali ke stable Himran tidak akan diabaikan. pasti kittun akan cuba menghampirinya walaupun pernah digigit. Percubaan demi percubaan perkenalan diberikan, cuba bercakap-cakap dengannya, hadiahkan lobak merah dan gula cube serta semua percubaan-percubaan lain. Bila sudah ada kepercayaan Himran semakin mesra dan cuba merapatkan diri dengan kittun. Rasa bahagia bila kuda liar itu semakin mesra biarpun dengan orang lain dia akan menjauhkan diri.

Maid & Ribeiro

Kittun tidak pernah percaya bila orang kata kalau kita ada kuda, kita akan menyayanginya melebihi haiwan-haiwan peliharaan lain. tapi ternyata kenyataan itu benar. Sebelum ini kittun melihat seekor kuda itu tak ubah seperti seekor lembu. Tapi semenjak memiliki kuda sendiri persepsi itu berubah. Apa yang kita dapat rasai kuda itu mempunyai satu aura yang berbeza dengan binatang-binatang lain. Kittun punya kucing yang banyak, punya anjing dan punya ikan koi yang cantik-cantik tapi kini hati sudah jatuh cinta sama itu kuda. Cinta sama kuda itu mengatasi cinta kepada manusia. Allah swt mengurniakan sifat kasih sayang itu ikhlas terhadap binatang. Kadang-kadang ianya boleh membuatkan orang yang paling hampir dengan Kittun turut berasa cemburu dan irihati dengan layanan Kittun terhadap binatang kesayangan. Mana tidaknya bila Kittun layan pet 'OverDose' orang paling hampir dengan Kittun mula tarik muka. Seolah-olah tak faham hati kita.

Entahlah susah kittun nak ceritakan, jiwa manusia sukar diramal dan berubah-ubah. Orang yang paling hampir dengan kita boleh membuat hati kita terguris dan disakiti tapi haiwan-haiwan kesayangan kittun tidak pernah melakukan sedemikian. Walaupun kita marah, mereka langsung tidak menyimpan dendam dan menerima seadanya. Berbeza dengan sifat manusia, segala kebaikan yang dilakukan seperti tidak ikhlas dan mengharapkan pembalasan. Perbezaan kasih sayang manusia dan kasih sayang haiwan kesayangan ternyata sangat-sangat berbeza.  Sehinggakan kittun berasa tidak perlu sesiapa dalam kehidupan kittun. Seandainya tiada persefahaman.


*Cinta pada Pencipta itu kekal abadi..

Wednesday, April 14, 2010

Etika menunggang kuda

- Sentiasa berwaspada ketika dekat dengan kuda. Walaupun jinak dan manja, ia adalah haiwan yang besar dan kuat serta boleh mencederakan anda secara tidak sengaja.

- Kuda adalah makhluk yang juga mempunyai perasaan. Anda tidak boleh secara tiba-tiba melompat ke atas belakangnya dan membuatkannya terkejut dan marah. Reaksi spontan haiwan itu sudah tentu melarikan diri.

- Ketika dekat dengan kuda, patuhi apa yang diarahkan oleh jurulatih kuda kerana mereka lebih mengetahui dan mengenali kuda tersebut.

- Jangan takut bertanya. Jangan menjerit, melompat-lompat atau melakukan pergerakan secara tiba-tiba ketika di samping kuda.

- Membaling sesuatu pada kuda adalah dilarang sama sekali, begitu juga berlari secara tiba-tiba ke arah kuda, merangkul atau memukulnya.

- Kuda tidak boleh nampak bahagian depan hidungnya atau belakang, memukul atau menepuk kawasan tersebut secara tiba-tiba akan membuatkannya terkejut. Jarak pandangannya tidak jelas seperti manusia, jadi apabila sesuatu bergerak secara tiba-tiba, sesetengah kuda mungkin melompat.

- Jangan berada di belakang atau di depan kuda kecuali jika anda diarahkan. Merangkak di bawah kepala atau perut kuda boleh menyebabkan anda ditendang atau dipijak kerana kebanyakan kuda tidak suka keadaan itu.

- Sesetengah orang cenderung untuk menepuk kuda, tetapi kuda sebenarnya tidak suka perbuatan itu. Lebih baik menggosok atau mengusapnya perlahan-lahan dan pastikan jangan menjerit pada haiwan itu, sebaliknya anda boleh bercakap dengan baik dan lembut.

Persediaan bagi yang pertama kali belajar menunggang kuda

- Berseluar panjang dan terbaik jenis jeans. Lebih baik jika kaki seluar lebar supaya senang memakai but.

- Sepasang but koboi atau apa juga but yang bertumit pilihan paling sesuai. Tapi jangan sesekali pakai kasut tumit tinggi, sandal dan but bertumit besi. Pastikan kasut yang dipakai menutup seluruh kaki. Ini penting kerana ada kemungkinan anda dipijak kuda dan but yang baik dapat melindungi kaki.

- Boleh memakai sebarang jenis baju asalkan tidak terlalu besar atau longgar. Baju longgar mungkin boleh tersangkut pada pelana kuda atau peralatan lain. Baju yang berbutang mungkin pilihan terbaik kerana jika tersangkut, ia mudah dibuka.

- Topi keselamatan (helmet) penting bagi yang mereka yang baru belajar menunggang kuda. Jika kelab tidak menyediakannya, anda perlu membeli atau meminjam daripada penunggang lain.

- Ikat rambut jika rambut panjang.

- Pakai sarung tangan dan stoking yang tebal.

- Elak memakai aksesori yang berjuntai dan berbunyi atau sesuatu yang mungkin mudah tersangkut pada tali kuda, pelana dan sebagainya.