"Jangan menghina biar di hina kerana sehina-hina orang yang dihina lebih hina yang menghina"
MUTAKHIR
Friday, September 25, 2009
Tuesday, September 15, 2009
Tabligh Mega Mosque London 2012
Umat Islam di London akan memiliki sebuah masjid berprestij tinggi yang dapat menampung lebih dari 40.000 (empat puluh ribu) jamaah dalam satu masa. Tapak masjid ini merupakan bekas tapak stadium olahraga yang dulunya digunakan untuk sukan kriket. Sejak stadium ini tidak digunakan lagi oleh peminat sukan kriket ini, maka stadium ini di jual kepada orang Islam. "Ini akan menjadi sesuatu yang belum pernah dilihat di negara ini ." Kata Abdul Khalique, Ketua Jamaah Tabligh ketika itu.
Masjid yang didaftar dengan nama Abbey Mills Mosque ini terletak di Dewsbury, West Yorkshire, London. Di sekitar Kawasan Industri dan Stadium Bawah tanah Westham. Lokasinya sendiri menempati tanah seluas 7,3 (ha) hektar dengan alamat Canning Road,London, E15 3NX, England.
Proses pembangunan masjid ini sendiri mendapat kontroversi, sejak diusulkan pada tahun 2005 yang lalu, dan memerlukan proses pembinaan yang panjang, kerana sebahagian masyarakat London, bimbang, bila masjid itu nanti digunakan sebagai markaz teroris. Tetapi sudah ditegaskan oleh tokoh-tokoh Jamaah Tabligh (JT) bahwa JT adalah organisasi non politik dan tidak ada hubungannya dengan tindakan terorisme di manapun di muka bumi ini.
Pembangunan masjid ini sendiri menelan belanja sebesar lebih dari 100 juta poundsterling, yang dikumpulkan dari seluruh ummat Islam di London dan negara-negara lain, dan perlu dicatat bahawa kerajaan Saudi Arabia tidak berada di sebalik pendanaan masjid ini. Pembangunan masjid di tangani oleh Ali Mangera, the London and Barcelona-based architect.
Lokasi masjid bertanda Icon merah
Tuesday, September 8, 2009
Solat Sunat Di Bulan Ramadhan
SOLAT SUNAT YG BOLEH DIKERJAKAN SEPANJANG HARI
TENGAHARI
- Sunat Wuduk (2 rekaat selepas berwuduk)
- Sunat Tahiyattul Masjid (2 rekaat apabila memasuki masjid - sebelum duduk)
- Sunat Qabliah Zohor (2 rekaat sebelum solat fardhu Zohor)
> SOLAT FARDHU ZOHOR
- Sunat Ba'adiah Zohor (2 rekaat selepas solat fardhu Zohor)
PETANG
- Sunat Wuduk (2 rekaat selepas berwuduk)
- Sunat Tahiyattul Masjid (2 rekaat apabila memasuki masjid - sebelum duduk)
- Sunat Qabliah Asar (2 rekaat sebelum solat fardhu Asar)
> SOLAT FARDHU ASAR
>>(tiada sunat selepas solat fardhu Asar - waktu Tahrim)
MALAM
- Sunat Wuduk (2 rekaat selepas berwuduk)
- Sunat Tahiyattul Masjid (2 rekaat apabila memasuki masjid - sebelum duduk)
- Sunat Qabliah Maghrib (2 rekaat sebelum solat fardhu Maghrib)
> SOLAT FARDHU MAGHRIB
- Solat Ba'adiyah Maghrib (2 rekaat selepas solat fardhu Maghrib)
- Solat Sunat Awwabin (6 rekaat - untuk tetapkan iman)
- Sunat Qabliah Isyak (2 rekaat sebelum solat fardhu Isyak)
> SOLAT FARDHU ISYAK
- Solat Ba'adiyah Isyak (2 rekaat selepas solat fardhu Isyak)
- Solat Sunat Tarawih (8-20 rekaat - sunat berjemaah)
**tidur seketika (4-5 jam), bangun sepertiga malam (antara jam 3-4 pagi)
AWAL PAGI
QIAMULLAIL (program sendiri atau anjuran masjid)
- Sunat Wuduk (2 rekaat selepas berwuduk)
- Sunat Tahiyattul Masjid (2 rekaat apabila memasuki masjid - sebelum duduk) *jika di masjid
- Sunat Taubat (2 rekaat - mohon ampun dari Allah swt, menyesal akan segala kesalahan)
- Sunat Tahajjud (2-6 rekaat - mohon dikuatkan iman, kuat beribadat - mencahayakan kubur)
- Sunat Tasbih (4 rekaat - 75x tasbih setiap rekaat)
- Sunat Hajat (2-4 rekaat - mohon segala apa yang dihajatkan)
- Sunat Witir (3 rekaat - solat penutup)
PAGI
- Sunat Wuduk (2 rekaat selepas berwuduk)
- Sunat Tahiyattul Masjid (2 rekaat apabila memasuki masjid - sebelum duduk)
- Sunat Qabliah Subuh (2 rekaat sebelum solat fardhu Subuh - juga dinamakan Sunat Awal Fajar)
> SOLAT FARDHU SUBUH
>>(tiada sunat selepas solat fardhu Subuh - waktu Tahrim)
SELEPAS TERBIT MATAHARI
- Sunat Israk (2 rekaat - selepas terbit matahari...anggaran jam 8 pagi)
- Sunat Dhuha (2-4 rekaat - untuk murahkan rezeki...jam 9-11 pagi)
Solatlah dan mohon dari Allah swt agar menerima segala ibadat kita. InsyaAllah...muslimin dan muslimat semua akan berjaya di dunia dan di akhirat.
Wallahua'alam
Saturday, September 5, 2009
Malam Lailatul Qadar
Dukhan [4]
(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).
Al-Qadr [4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Para sahabat nabi risau kerana tidak dapat berjihad dan beribadat seperti umat terdahulu, misalnya Bani Israel berjihad selama 80 tahun. Lalu Allah menurunkan surah Al-Qadr untuk menenangkan para sahabat nabi yang risau itu. Ramai orang tahu pahalanya 1000 bulan (84tahun)
Al-Qadr [3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Bilakah waktunya?
Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu tentang bilakah malam Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.
“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))
Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud : Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud : Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.
Waktu lailatulqadar tidak sama antara satu tempat dengan tempat lain. Imam Ghazali mempunyai formula untuk mengira lailatulqadar berdasarkan hari mula puasa mengikut pengalamannya. (mungkin boleh dipakai di Malaysia kerana tempat beliau di Iran atau Iraq tidak jauh dari sini).
Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :
[1] Ahad atau Rabu – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;
[2] Isnin – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;
[3] Selasa atau Jumaat – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;
[4] Khamis – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;
[5] Sabtu – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.
Cara Nabi mendapatkan lailatul qadar
Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadahan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.
Nak buat apa pada malam itu?
Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran.
Nak minta apa jika bertemu malam itu?
Siti Aisyah r.a. juga bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yang perlu diminta jika bertemu Lailatulqadar. Jawab baginda bacalah “Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa, fa’fu ‘anni, seperti yang selalu dibaca selepas sembahyang tarawikh.
Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab.
“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih).
Apa berlaku pada malam itu?
Al-Qadr [4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Allamah Sawi mengatakan pada malam itu turun ruh malaikat yang mempunyai 1 badan dan 1,000 muka. Besarnya ruh malaikat ini ialah kepalanya berada di bawah Arasy dan kakinya bertunjang ke bumi. Setiap muka mempunyai 1,000 mulut, kerjanya memuji Allah, setiap lidah dalam bahasa yang berlainan (1,000 muka x 1,000 mulut = 1,000,000 bahasa).
Malaikat yang turun pada malam itu mengucapkan Salam kepada orang Islam kecuali kepada orang Islam yang meminum arak, memakan babi dan memutuskan Silatur-Rahim.
Antara kelebihan malam lailatul qadar ialah malaikat turun bersama 4 panji-panji iaitu 4 bendera yang diletakkan di 4 tempat :
* Satu bendera diletakkan di atas Maqam nabi.
* Satu bendera diletakkan di Baitul Maqdis
* Satu bendera diletakkan di Baitullah
* Satu bendera diletakkan di Bukit Thur
Tanda Malam Lailatul Qadar
Malam yang tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu :
Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :
“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.”
“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.”
(Hadis riwayat Muslim (762))