"Jangan menghina biar di hina kerana sehina-hina orang yang dihina lebih hina yang menghina"

MUTAKHIR

.

Thursday, December 2, 2010

Manfaat Berkuda Bagi Kesihatan



Kittun,  Prof.Sharifah Mastura & Arn sweetrider
1. Menguatkan Otot tubuh bagian pinggang. Berkuda mendominasi gerakkan pinggang, sehingga pinggang menjadi kuat. memang kalau masih permulaan, akan terasa sengal², tetapi lama kelamaan, pinggang akan terasa kuat. berkuda juga dapat mengurangi risiko sakit pinggang kerana terlalu lama berbongkok.

2. Bagi Wanita, Berkuda dapat membantu membentuk Pinggul yang indah dan cantik bentuknya....

3. Melatih ketajaman mata. Memacu lari kuda sambil melihat kedepan, boleh membantu mempertajam penglihatan. biasanya, kalau kita melihat objek sambil ber gerak², ada kemungkinan mata kita astigmatism. Namun berkuda tidak akan menyebabkan astigmatisme...

4. Membersihkan ginjal... dengan menggoyangkan pinggang, secara tidak langsung ginjal juga ikut tergoyang, sehingga ada kemungkinan ginjal menjadi bersih.... sehingga proses metabolisme, ekskresi, dll menjadi lebih lancar dan sehat....

5. Memperlancar Aliran darah secara menyeluruh ke seluruh tubuh

6. Baik untuk kesehatan jantung, namun tidak seperti olahraga biasa... berkuda selama setengah jam, sama dengan fear ketika naik flying fox dari ketinggian 30meter, dengan jarak tempuh +/- 20saat

7. Melatih Kesabaran dan konsentrasi. Kuda yang berlari, tidak boleh kita menentukan bagaimana caranya dia lari..berkuda itu melatih kesabaran dan konsentrasi  kita untuk bertahan di belakang kuda sambil mengendalikan arahnya....

8. Dapat menghilangkan stress, sakit leher akibat stress, dll. seperti  hobi kegemaran, berkuda juga dapat memberikan ketenangan...

sumber : : 21 Degrees Magazine

Monday, November 22, 2010

FAEDAH BERKUDA, MEMANAH, BERENANG

Rasulullah bersabda, "ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah" (riwayat sahih bukhari/muslim)
Sudahkah anda mengajar anak-anak anda 3 perkara ini?



FAEDAH BERKUDA, MEMANAH, BERENANG.
Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Berkuda
Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.

Bentuk lekuk badan belakang kuda - tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.


Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Rawatan Chiropraktik
Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

Memanah
Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Berenang
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular )

Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.” (Riwayat Ahmad)

“Ya! Demi Allah, sungguh ia (Rasulullah s.a.w.) pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, ia sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.” (Riwayat Ahmad)

Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksud di sini ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang berpacu saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lainnya.

Adapun hadiah yang dikumpulkan dari masing-masing yang berpacu, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah semacam itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan pacuan kuda semacam ini, yakni yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya pun haram juga. (Riwayat Ahmad).


Dan baginda bersabda:


“Kuda itu ada tiga macam: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja - mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, yaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, yaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi kebutuhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)





Friday, October 1, 2010

Penyatuan hati rakyat Kelantan melalui sukan berkuda.

Juara Lumba Kuda Peringkat Negeri Kelantan
Pertandingan Lumba Kuda Peringkat Negeri Kelantan 1/10/2010



























Bukan hanya juara yang kita cari tetapi penyatuan hati diantara peminat-peminat kuda negeri Kelantan. Memang negeri Kelantan ini unit dengan pelbagai aktiviti tradisi. Salah satunya adalah sukan lumba kuda. Jarang kita lihat aktiviti ini dilakukan di negeri-negeri lain. Berbeza dengan Kelantan yang agak sinonim dengan sukan kuda lasak sejak dulu lagi . Tidak kira berapa usia mereka, tapi semangat yang  ditunjukkan  penuh bersemangat, penyertaan pertandingan disertai oleh pelbagai lapisan umur. Saya sendiri berasa bertuah dapat melihat kemakmuran negeri ini walaupun di perintah oleh pembangkang. Walaupun bukan tanah kelahiran saya namun saya berasa bangga dapat menetap disini. Jauh di sudut hati saya berpendapat rakyat Kelantan mempunyai hubungan yang erat diantara satu sama lain. Mereka bersatu dalam banyak perkara. Bukan hanya dalam soal politik malah dalam sukan juga mereka bersatu. Sebab itu negeri itu kuat, aman dan makmur walaupun diperintah oleh pembangkang. Sambutan dari peminat-peminat kuda sangat mengalakkan. Banyak kuda yang mengambil bahagian dalam acara ini. Acara bermula di awal pagi lagi , bermula dengan perlumbaan kuda padi, kuda siam dan berakhir dengan kuda belimo. Walaupun dari jauh mereka datang semuanya berpuas hati. Tahniah kepada mereka yang menjadi juara. Semoga berjumpa lagi di lain acara.



Tuesday, September 28, 2010

Sambutan Majlis Hari Raya di Kelantan POLO CLUB






Thursday, September 16, 2010

Menutup Aurat Bukan Sekadar Bertudung

Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung 

SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu 
hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus. 

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri. 

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun. 

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam? 

Aurat berasal daripada bahasa Arab, 'Aurah' yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579) 

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut: 

Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan. 
Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram). 

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Surah al-Nur, ayat 31) 

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59). 

Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman. 


Pakaian yang longgar. 

Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak. 

Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: "Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain 'qubtiyyah' (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: "Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu." Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: "Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya)." 

Menurut Ibn Rusyd, 'qubtiyyah' ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya. 

Pakaian yang tidak jarang. 
Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: "Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya." 

Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh. 


Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah). 

Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya. 

Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka." 


Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir. 

Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: "Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki." 

Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya. 

Tidak bertabarruj. 

Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup. 

Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama)." (Surah al-Ahzab, ayat 33) 

Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi. 

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.






   

Siapakah orang yang paling sibuk di dunia ?

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s 

Siapakah orang yang manis senyumanya? 
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. 

Siapakah orang yang kaya? 
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 

Siapakah orang yang miskin? 
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 

Siapakah orang yang rugi? 
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan... 

Siapakah orang yang paling cantik? 
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya... 

Siapakah orang yang mempunyai akal? 
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..






   

Wasiat

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
  • Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
  • Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
  • Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
  • Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
  • Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.

Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
  • Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
  • Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
  • Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
  • Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.
  • Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
  • Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
  • Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."



       

Wednesday, September 1, 2010


Dibulan poso ni ambo tengok ramai hok laeh... nak buat kerja berat pun nampok malas. Kebanyok key gak dok tidur...Kes nyo takut letih, nok wak guano mugo poso belako. Budok -budok krijo pun napok malah jah, nok lipat kain pun malas. Takpo lah ambo bui can ko demo. Ambo pehe doh kalu bule poso gak lagu lah belako(perang pyscology). Tapi ambo royak betul.., ambo dok leh dok diam, kalu dok diam sero nok demey. sebak tu kot-kot mano pun ambo keno tubik jugok riadah walaupun 1 je. Kalu dulu bule-bule poso ni ambo gi aerobik..setengoh ore tu gi main bola, tapi loni kawe riding pulop. Duo-duo aktiviti tu serupo jah, tujuan utamo nok wi peluh. Biar daroh jale. Paling lamo kawe bulih 'oak' 3hari, masuk hari ke 4 mula raso nok demey. Start lah panas sejuk tu. Jadi dari dok tele ubat demey baik ambo naik kudo.


Bule poso ni selang sari ambo riding. Lepas asar naik kudo 1jam 30min. Hasilnya ambo lost weight 2kg dale bule poso ni. Dok payoh makey ubat kuruh doh.. Ramai lah hok dok tawar ubat kuruh tu. Teh kurus lah, kapsul kuruh lah mace-mace ado. Terliur jugok ubat kuruh tu. Dok leh lari doh ore tino. Nok napok comey sokmo di mato suami. Tapi bila ado altenatif lain untuk kurus bakpo keno pilih ubat kuruh deh. Padey denge naik kudo bulih lost weight gitu-gitu mo.. Dok cayo acu try. Bule poso naik kudo. Aci angkat ibu jari. Tapi ingat time buko jangan telan nasi banyak. Padey jeling-jeling gitu jah ko nasik tu. Minum air suam, tok soh dok teliur lah ko air batu tu. Kalu ikut petuo ni insyaALLAH jadi.


Hok mano-mano napok nok maju kedepan tu keno cepat-cepat ikhtiar jange dey terus maju. Sek-sek kudo ni kalu bule dok poso hari-hari riding. tapi bunyi jah poso selendar selalu dok leh gi. Pah nok gi endurance guano? acu try naik kudo bule poso retek gak. Kalu dago sikit pun "Oak" lah. Tanyo sore dok.. tanyo duo dok.. paka dok belako. Doh demo dok rok gak ambo Dok pakso. Hehehe..
 

Kito ni akhir ramadhan doh..Check balik amalan kito selamo sebulan berpuasa. Jange jadikan amalan kito selama sebule tu sia-sia. Semogo ALLAH swt pandang dan tengok usaha kito semuo. Diharap kito semuo jupo pulop ramadhan tahun depey. Akhir kata ambo memohon maaf kalu ado silap & saloh, terkasar bahaso, dok leh kiro dale dok menulis ni ada perkataan & ayat ambo yang menguris hati pembaco. Maaflah kalu ambo dok perasaan. Selamat menyambut hari rayo aidilfitri kepada semua kawan-kawan esp sek-sek kudo kito tu. Ado jodoh jumpo pulop bilo ada acara berkudo lagi deh!. Wassalam.

Wednesday, August 4, 2010

Romance with little Pony









Saturday, July 24, 2010

Aktiviti Pantai


Trainer from Saudi Arabia



En .Aziz  Profesional Trainer Endurance From Terengganu

Tuesday, July 13, 2010

Niqab Bukan penghalang


Hari ini Kittun terima email dari seseorang, lama betul Kittun menunggunya hari ni baru tiba. Apapun  Kittun ucapkan terima kasih kepada En.Mohd Najib Badruddin, Jurugambar Istana Kelantan, Istana Balai Besar, kerana sudi menghantar gambar-gambar kenangan ketika Kittun menunggang kuda di Polo Club Kelantan bersama-sama Timbalan Ketua Polis Kelantan dan Ketua Siasatan Jenayah  Negeri Kelantan.

Sokongan dan Dorongan