Juara Lumba Kuda Peringkat Negeri Kelantan
Pertandingan Lumba Kuda Peringkat Negeri Kelantan 1/10/2010
Bukan hanya juara yang kita cari tetapi penyatuan hati diantara peminat-peminat kuda negeri Kelantan. Memang negeri Kelantan ini unit dengan pelbagai aktiviti tradisi. Salah satunya adalah sukan lumba kuda. Jarang kita lihat aktiviti ini dilakukan di negeri-negeri lain. Berbeza dengan Kelantan yang agak sinonim dengan sukan kuda lasak sejak dulu lagi . Tidak kira berapa usia mereka, tapi semangat yang ditunjukkan penuh bersemangat, penyertaan pertandingan disertai oleh pelbagai lapisan umur. Saya sendiri berasa bertuah dapat melihat kemakmuran negeri ini walaupun di perintah oleh pembangkang. Walaupun bukan tanah kelahiran saya namun saya berasa bangga dapat menetap disini. Jauh di sudut hati saya berpendapat rakyat Kelantan mempunyai hubungan yang erat diantara satu sama lain. Mereka bersatu dalam banyak perkara. Bukan hanya dalam soal politik malah dalam sukan juga mereka bersatu. Sebab itu negeri itu kuat, aman dan makmur walaupun diperintah oleh pembangkang. Sambutan dari peminat-peminat kuda sangat mengalakkan. Banyak kuda yang mengambil bahagian dalam acara ini. Acara bermula di awal pagi lagi , bermula dengan perlumbaan kuda padi, kuda siam dan berakhir dengan kuda belimo. Walaupun dari jauh mereka datang semuanya berpuas hati. Tahniah kepada mereka yang menjadi juara. Semoga berjumpa lagi di lain acara.