"Jangan menghina biar di hina kerana sehina-hina orang yang dihina lebih hina yang menghina"

MUTAKHIR

.

Wednesday, May 6, 2009

Keputusan Kabinet tindas 'saudara baru' - Dr Asri

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Hrkh) - Keputusan kabinet baru berhubung status agama anak dilihat lebih dipengaruhi oleh perkembangan politik kepartian dan undi tanpa melihat kepada sudut keadilan untuk semua.

Menurut bekas Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abidin keputusan itu dianggap sebagai penindasan terhadap 'saudara baru' dan boleh menakutkan mereka yang ingin menganut Islam.
"Dalam kegilaan mendapatkan undi, jangan digadai masa depan umat Islam dan keharmonian agama dalam negara.

"Sekali lagi saya tegaskan, golongan 'saudara baru' dalam negara ini tidak mendapat layanan yang sepatutnya dan pihak yang berrtanggungjawab terutama yang menguruskan zakat dan badan-badan agama kerajaan pusat dan negeri tidak menyibukkan diri dalam menjaga kebajikan mereka dan usaha dakwah dalam memahamkan rakyat Malaysia tentang Islam yang sebenar," kata beliau dalam tulisannya kepada sebuah akhbar online.
Beliau meminta pihak Kabinet menilai balik keputusan tersebut dan juga pihak-pihak agama dalam negara memainkan peranan yang sepatutnya dalam memberikan keadilan kepada 'saudara baru'.

Dr Asri juga berkata jika Fatwa Kebangsaan JAKIM boleh membuat sidang fatwa segera tentang 'dakwat pilihan raya' mengapa tidak Pengerusi Fatwa Kebangsaan tersebut tidak memberikan pandangan para mufti dengan segera dan jelas dalam hal ini.

"Malanglah jika isu penkid dan yoga digembar-gembur, tetapi isu keadilan hak saudara baru dilewat-lewatkan," katanya Sebelum itu, beliau menyatakan bahawa isu agama anak tidak sepatutnya ditimbulkan melainkan ketika wujud perselisihan antara pasangan sahaja dan menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskannya.

"Anak sepatutnya diberi peluang untuk mengenai Islam setelah ibu atau bapa menganut Islam. Peruntukan zakat muallaf secara besar perlu diberikan untuk ini. Zakat bukan lawatan hujung tahun dan penukaran kereta baru para pegawai.

"Malanglah keputusan kabinet ini boleh menghalang dakwah seorang bapa atau ibu kepada anak berkenaan," katanya yang kini masih berada di Lampeter, United Kingdom. - azm _

1 comment:

ULTRAMAN said...

ya allah... kegunaan zakat satu nya kan utk menolong muallaf... semoga Allah melindungi para mualaf...