"Jangan menghina biar di hina kerana sehina-hina orang yang dihina lebih hina yang menghina"

MUTAKHIR

.

Sunday, November 1, 2009

Fakta Solat Jamak Tanpa Musafir

Biasanya, kita solat jamak hanya ketika musafir. Itu pun dengan marhalah (kejauhan) tertentu. Sedarkah kita, bahawa ulamak besar pernah solat jamak tanpa musafir? Mereka melakukannya mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Imam Malik meriwayatkan, Ibnu 'Abbas berkata "Rasulullah solat zuhur dengan 'asar secara jamak dan maghrib dengan 'isyak secara jamak, bukan ketika takut dan bukan ketika musafir."
Muwattak, hadith 233.

Imam At-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas yang berkata "Rasulullah s.a.w. menjamakkan zuhur dengan 'asar dan maghrib dengan 'isyak, bukan ketika takut dan bukan ketika hujan."
Tirmizi, hadith 781.

Imam Muslim meriwayatkannya melalui hadith 2661 dan 3661.

Banyak lagi kitab-kitab hadith serta kitab-kitab tafsir yang meriwayatkan perbuatan Rasulullah s.a.w. serta para sahabat begitu.

SUMBER ARTIKEL CLICK HERE

3 comments:

mountdweller said...

Salam anakanda

Ayahanda juga tidak hadkan jamak ketika bermusafir saja.

Kalau nak bincang agak susah secara terbuka kerana masaalah "persepsi"

anakanda boleh email ayahanda.

Abu Uwais said...

ini la yg Rasulullah larang kita berguru dengan buku sahaja. Kita kena tahu, kena ada ulama yang menghuraikan hadis tersebut. Di mana Rasulullah lakukan perkara tersebut, mengapa Baginda lakukan seperti itu. Ada hadis yang menceritakan tentang suatu hadis lain, ada hadis yang menceritakan ttg ayat al-quran. Maka, saya tidak mengatakan hadis tersebut palsu, atau harus ditolak. Namun, kita perlu tahu terlebih dahulu mengapa Baginda lakukannya. Rujuk lah ulama utk maklumat lanjut. Sekiranya mmg saja2 je Rasulullah nak buat jamak ke nak buat qasar ke, maka kita pun boleh la saja2 je nak buat jamak. Agak2 malas nak jumpa Allah selalu, maka buat la jamak selalu. Pastu pi tgk tv lama2 lagi syok, tak pun pi shopping ke. Shopping banyak2 xpa, xboring. Kalau nak solat ni, kita kena buat jamak je.. jamak 5 waktu terus pun ada gak kat dunia ni.. ist.. xphm la manusia. Asal 50 waktu sehari semalam, dah kasi diskaun jd 5 kali je, nak diskaun lagi ke? Bak kata Nabil.. "lu pikir la sendiri..."

hainur hapis said...

http://blogkarkun.blogspot.com/