Trainer from Saudi Arabia |
"Jangan menghina biar di hina kerana sehina-hina orang yang dihina lebih hina yang menghina"
MUTAKHIR
.
Saturday, July 24, 2010
Tuesday, July 13, 2010
Niqab Bukan penghalang
Hari ini Kittun terima email dari seseorang, lama betul Kittun menunggunya hari ni baru tiba. Apapun Kittun ucapkan terima kasih kepada En.Mohd Najib Badruddin, Jurugambar Istana Kelantan, Istana Balai Besar, kerana sudi menghantar gambar-gambar kenangan ketika Kittun menunggang kuda di Polo Club Kelantan bersama-sama Timbalan Ketua Polis Kelantan dan Ketua Siasatan Jenayah Negeri Kelantan.
Sokongan dan Dorongan
Monday, July 12, 2010
CTREDZUAN di Wakaf Aik Stable.
Setiap hari seperti biasa kittun akan ke stable untuk menguruskan kuda kittun di sana, tapi hari ini special sikit dari hari-hari biasa. Kittun menerima kunjungan CT & Hubby di Stable Wakaf Aik. Gembira sungguh rasanya menyambut kedatangan mereka berdua. Terasa seperti menyambut kedatangan VIP. Terima kasih CT & Hubby kerana sudi mencemar duli ke Stable Wakaf Aik. Kami memohon maaf diatas ketidak sempurnaan tempat kami kerana masih dalam proses menaik taraf tempat reakreasi. InsyaALLAH dalam masa terdekat semuanya akan kembali pulih seperti biasa.
Kittun puji semangat CT & Hubby, walaupun mereka jauh dari tempat kami tetapi mereka berusaha juga untuk datang ke mari. Semoga dengan usaha yang sedikit itu akan membuahkan hasil yang manfaat untuk CT & Hubby. Cuba yang terbaik kerana beriadah dengan kuda itu sangat-sangat baik jika dibandingkan dengan riadah lain. Sukan yang dicintai Rasulullah s.a.w ini pasti banyak faedahnya untuk ummat.
Sunday, July 11, 2010
Kelebihan Menunggang Kuda
PENGENALAN Berkuda ternyata mendatangkan banyak manfaat antaranya menyembuhkan berbagai penyakit/masalah. Seperti mental, emosi, fizikal, bahasa, autisme , sindrom down dan lain-lain. Menurut Lisa McCallum (Seorang terapis berkuda). "Menunggang kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah penyembuhan".
FAEDAH UMUM Faedahnya meliputi seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental. Penunggang kuda biasanya terhindar dari masalah sakit belakang. Membantu mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan ‘galloping’ kuda. Menunggang kuda baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Seluruh anggota dalam tubuh badan manusia termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum. Ini menjadikan penunggang kuda sihat dan bertenaga. Horse drawn litter in use for hippotherapy
Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal, misalnya lumpuh, berkuda adalah cara mereka menikmati kebebasan yang selama ini tidak mereka dapat semasa berada di atas kerusi roda. Duduk di atas kuda juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan. Menurut McCallum, terapi berkuda memiliki tiga faedah utama, iaitu bersukan, pendidikan, dan pengubatan Ketiga-tiga perkara di atas sangat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak khas.
Menurut Chassigne Menunggang kuda sebagai terapi banyak memberi manfaat . Dalam catatannya menunggang kuda dapat membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan apa yang penting ia mendorong semangat penunggang. Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi. Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya. Membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi). Melalui aktiviti berkuda ini adalah diharapkan murid-murid bermasalah pembelajaran dapat :- Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri mereka. Melatih mereka supaya mematuhi disiplin. Pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat sekitar. Berinteraksi sesama rakan lain khususnya dan juga masyarakat luar amnya. Membentuk sikap bertanggungjawab dan menghormati orang lain.
KESIMPULANNYA : Terapi berkuda atau hippo therapy merupakan satu aktiviti yang disarankan oleh Rasulullah SAW secara tidak langsung selain dari memanah dan berenang. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim). Sebagai umat Islam kita hendaklah mematuhi setiap apa yang disarankan oleh Rasulullah, kerana setiap suruhan rasulullah itu terkandung 1001 manfaat.
Friday, July 9, 2010
Mini Endurance D'POLO CLUB KELANTAN
Mr.Jaki Menunggang Kuda Cik Hamid
Mini Endurance menjadi aktiviti mingguan bagi kami geng2 POLO CLUB KELANTAN, Seronok pula rasa bila aktiviti seperti ini dibuat pada hujung-hujung minggu. Nampaknya POLO CLUB KELANTAN bukan saja tempat untuk berlatih POLO malah ada aktiviti yang mendedahkan ahlinya kepada sukan ENDURANCE. Syabas kepada penganjur. Disini kita boleh menilai sejauh mana kemampuan kita dan kekuatan kuda kita. Kittun sangat suka aktiviti ini. Memang sama sekali tidak akan lepaskan peluang untuk menyertainya. Abg Zu sebagai ketua pasukan dan Mr.Jaki pula sebagai penunjuk jalan.( tak payah pakai GPS ) Mereka berdua sudah arif dalam aktiviti bersama kuda. Seawal pagi kami telah bersedia untuk berangkat. Abg.Zu, Mr.Jaki, Mamat, Mie, Arn, dan kittun. Permulaan perjalan kami meredah dusun kelapa disusuli padang rumput yang luas, kawasan penerokaan untuk projek airport, kawasan perkampungan masyarakat melayu dan bermacam-macam lagi. Tak sangka dalam kawasan padang yang kami lalui ada trek lumba kuda, kami semua mencuba trek untuk menguji kekuatan kuda masing-masing hahaha. Dalam meredah jalan & belukar kami dikejutkan dengan sekumpulan lembu, untung kami ada cowboy yang pandai menghalau & mengepung lembu... itulah 'Mr.Jaki', Kami cuba untuk mencari jalan singkat untuk ke Taman Bendahara tapi gagal. Banyak lorong dipagar dengan kawat besi. Walaupun begitu kami berpatah balik dan meneruskan perjalanan merentasi perkampungan masyarakat melayu disini. Tidak sedar masa berlalu, hari semakin tinggi akhirnya kami sepakat untuk pulang. Jalan altenatif digunakan sehingga menemukan kami dengan sebatang sungai yang sangat cantik. Kami menyusuri sungai sehingga sampai ke Stable kembali. Nampaknya peserta-peserta kami sangat kuat, kuda -kuda kami juga alhamdulillah. Kami semua berpuas hati.
Abg Zu ketua pasukan
Antara ahli yang menyertai
Sawa budak kecik kepala botak terpaksa berpatah balik
ke stable kerana anak kuda arab nya mengalami masalah
Mr.Jaki Profesional Horses Trainer
Mr.Jaki sedang mengepung sekumpulan lembu
Dusun Kelapa
Arn dan kudanya
Merentas Desa
Mendengar Taklimat dari Ketua pasukan
Bersedia untuk berangkat pulang
Monday, July 5, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)