"Jangan menghina biar di hina kerana sehina-hina orang yang dihina lebih hina yang menghina"

MUTAKHIR

.

Sunday, July 11, 2010

Kelebihan Menunggang Kuda


Please Click Slide for next page
PENGENALAN Berkuda ternyata mendatangkan banyak manfaat antaranya menyembuhkan berbagai penyakit/masalah. Seperti mental, emosi, fizikal, bahasa, autisme , sindrom down dan lain-lain. Menurut Lisa McCallum (Seorang terapis berkuda). "Menunggang kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah penyembuhan".

FAEDAH UMUM Faedahnya meliputi seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental. Penunggang kuda biasanya terhindar dari masalah sakit belakang. Membantu mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan ‘galloping’ kuda. Menunggang kuda baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Seluruh anggota dalam tubuh badan manusia termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum. Ini menjadikan penunggang kuda sihat dan bertenaga. Horse drawn litter in use for hippotherapy

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal, misalnya lumpuh, berkuda adalah cara mereka menikmati kebebasan yang selama ini tidak mereka dapat semasa berada di atas kerusi roda. Duduk di atas kuda juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan. Menurut McCallum, terapi berkuda memiliki tiga faedah utama, iaitu bersukan, pendidikan, dan pengubatan Ketiga-tiga perkara di atas sangat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak khas.

Menurut Chassigne Menunggang kuda sebagai terapi banyak memberi manfaat . Dalam catatannya menunggang kuda dapat membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan apa yang penting ia mendorong semangat penunggang. Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi. Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya. Membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi). Melalui aktiviti berkuda ini adalah diharapkan murid-murid bermasalah pembelajaran dapat :- Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri mereka. Melatih mereka supaya mematuhi disiplin. Pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat sekitar. Berinteraksi sesama rakan lain khususnya dan juga masyarakat luar amnya. Membentuk sikap bertanggungjawab dan menghormati orang lain.

KESIMPULANNYA : Terapi berkuda atau hippo therapy merupakan satu aktiviti yang disarankan oleh Rasulullah SAW secara tidak langsung selain dari memanah dan berenang. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim). Sebagai umat Islam kita hendaklah mematuhi setiap apa yang disarankan oleh Rasulullah, kerana setiap suruhan rasulullah itu terkandung 1001 manfaat.

No comments: