Hairi & kawan-kawannya |
Hari ini saya menerima beberapa keping gambar kiriman Mohd Hairi dari Mesir. Berusia 26thn . Dia adalah pelajar dari Universiti Al-Azhar tahun 3 dalam jurusan Bahasa Arab. Pengalaman pertamanya menunggang kuda membuatkan dia betul-betul rasa teruja. Belajar menunggang kuda katanya adalah saat yang paling indah, ia mendorongnya untuk menunggang lagi. Walaupun masih baru pertama kali tapi dia memberanikan diri menunggang sejauh 2km. 'jauh tu...' semangatnya untuk terus menunggang sentiasa berkobar-kobar sejak dulu lagi sehingga satu saat dia memiliki peluang itu. Untung ada tempat yang menyediakan perkhidmatan sewa kuda di Mesir. Setiap ekor kuda di sewa dengan harga LE20 lebih kurang RM15 duit kita. Tahniah! saya ucapkan. Setelah tahu nikmat menunggang kuda akhirnya dia berazam untuk memiliki kuda sendiri."dah agak memang dia akan rasa begitu". Seramai 15 orang kawan-kawannya menyertai aktiviti berkuda semuanya sangat berpuas hati. Semuanya berazam untuk kembali lagi menunggang kuda. "kan dah ketagih". Jika kita memiliki peluang menunggang kuda rebutlah peluang itu. Belajar menunggang kuda adalah satu sunnah riadah yang dicintai rasulullah saw. Hidupkan sunnah dalam apa jua keadaan pun..
2 comments:
MasyAllah... seronoknya.. indahnya.. entah bila syikin berpeluang untuk belajar pula :)
peluang sentiasa ada, cari peluang jgn tunggu peluang, tak rugi belajar kuda, kelebihan sunnah mmeng hebat.lebih seronok dr bawa kereta @ motosikal, kuda haiwan bernyawa ada perasaan faham apa yg kita kata, bila kita sudah mahir berkuda ibarat terbang diatas angin..
Post a Comment