Boleh dikatakan hampir setiap hari kita dibelenggu tekanan, sama ada disebabkan kerja, kewangan, masalah keluarga, kesesakan lalu lintas, berselisih faham dengan orang tersayang mahupun kerenah anak-anak. Sebenarnya, setiap makhluk di dunia memerlukan tekanan. Ia membantu meningkatkan daya saing untuk terus hidup. Namun, tekanan berpanjangan tidak lagi membuatkan kita kuat, sebaliknya boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Secara semula jadi, badan ber tindak balas apabila menerima tekanan. Kelenjar pituitari yang terletak di bawah otak akan bertindak balas terhadap tekanan diterima dengan merembeskan hormon adrenocorticotropic (ACTH) yang memberikan isyarat kepada kelenjar lain untuk merembeskan hormon. Rembesan ACTH yang bany ak akan mencetuskan amaran dalam otak, yang akan memberitahu kelenjar adrenal (di buah pinggang) untuk merembeskan hormon tekanan ke da lam sistem darah. Hormon tekanan ini, termasuk kortisol dan adrenalin, akan membantu daya tumpuan, m empercepatkan tindakan dan meningkatkan kekuatan serta pergerakan. Selepas anda dapat menangani tekanan, paras hormon kortisol dan adrenalin akan menurun. Pada masa sama, tekanan darah, kadar degupan jantung dan ######bolisme serta sistem penghadaman kembali normal. Namun jika tekanan berterusan, badan tidak berpeluang untuk pulih kepada keadaan normal.
Pengaktifan badan yang berpanjangan akibat gerak balas terhadap tekanan ini akhirnya mengganggu hampir semua sistem badan. Ini termasuk meningkatkan risiko anda terhadap masalah obesiti, insomnia, kesukaran penghadaman, penyakit jantung dan kemurungan. Sistem penghadaman juga terganggu. Orang yang mengalami tekanan juga biasanya berdepan masalah sakit perut dan cirit birit. Hormon tekanan akan memperlahankan penghasilan asid dan merangsang usus yang akan mempercepatkan proses perkumuhan. Tekanan yang berpanjangan juga meningkatkan paras hormon kortisol. Ini lebih bahaya kerana ia akan merangsang selera makan dan boleh menyebabkan masalah pertambahan berat badan! Tekanan juga akan melemahkan sistem imun, anda lebih mudah mendapat selesema dan jangkitan lain. Hormon kortisol juga akan bertindak menghalang sistem imun badan.
Dalam sesetengah kes, tekanan akan menyebabkan sistem imun sangat aktif. Akibatnya, individu itu mendapat penyakit autoimun. Sistem imun akan menyerang sel badan sihat. Malah, hormon kortisol juga mempengaruhi sistem kardiovaskular kerana ia meningkatkan kadar degupan jantung, tekanan darah dan paras lipid (kolesterol dan trigliserid) dalam darah yang secara tidak langsung mendedahkan anda kepada risiko serangan jantung dan strok. Hormon tekanan juga menyebabkan anda berasa cemas, tidak berguna, sensitif, murung, sukar tidur, hilang nafsu seks dan selera makan, selain mempengaruhi masalah kulit seperti psoriasis, eczema dan jerawat. Reaksi setiap individu terhadap tekanan adalah berbeza.
Ada orang boleh menerima tekanan dengan hati tenang, tetapi tidak kurang juga yang mudah berasa tertekan sehingga memudaratkan diri. Pengalaman juga banyak membantu seseorang menangani tekanan. Belajarlah cara mengawal tekanan supaya anda boleh terus hidup sihat. Antara kaedah yang boleh meredakan tekanan termasuk:
- Hindari persekitaran yang memberikan tekanan kepada anda.
- Jaga badan dengan mengambil makanan seimbang dan rehat secukupnya.
- Bersenam. Senaman boleh ‘melarikan’ fikiran anda daripada memikirkan perkara yang membebankan, di samping mengeluarkan tenaga.
- Belajar bertenang. Tarik nafas panjang-panjang, kira sampai 10 dan hembus pe . Teknik ini boleh diamalkan, walaupun anda tidak berasa tertekan. Ia memberi banyak bekalan oksigen kepada badan.
- Belajar kaedah bersenam yang menenangkan seperti yoga dan tai chi. Senaman ini memerlukan penumpuan fikiran yang secara tidak langsung meredak an ketegangan fizikal.
- Urut juga dikenal pasti boleh merehatkan badan dan fikiran, selain melancarkan aliran darah.
- Pertimbangkan tekanan dari sudut positif. Anda mungkin na mpak faedah yang bakal diperolehi daripada tekanan berkenaan.
- Bincangkan masalah anda dengan rakan dipercayai atau dapatkan bantuan pakar psikiatri. Meluahkan masalah juga antara cara yang dapat meringankan tekanan.
- Anggap tekanan sebagai cab aran yang boleh meningkatkan prestasi kerja dan kerjaya anda
No comments:
Post a Comment