"Jangan menghina biar di hina kerana sehina-hina orang yang dihina lebih hina yang menghina"

Circle Y Saddles

MUTAKHIR

.

Friday, December 19, 2008

Orang Yang Mencintai Kamu


Org yg mencintai kamu...*source:- forwarded email :) **suatu ketika dahulu



  • 1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapadia mencintai kamu. Dia juga tidak mengharap cintanya di balas. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamusatu-satunya.

  • 2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidakpeduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadiimpiannya.

  • 3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hatidan matanya kamu selalu yang terbaik walaupun mungkin kamu merasaberat badan kamu sudah bertambah.

  • 4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yangkamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

  • 5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmatpagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lainlagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMSitu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda,tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

  • 6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlisyang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkanselamat atau mengirim SMS.

  • 7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yangdia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudahmelupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dansaat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisaberulang selalu.

  • 8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yangkamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernahmengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapabanyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnyakau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

  • 9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemarankamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apakgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminatikesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

  • 10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema,atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untukbertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, pedulitentang kamu.

  • 11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bilaujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

  • 12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yangmungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barangitu sangat istimewa.

  • 13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedangbercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telahmenggegarkan dunianya.

  • 14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu daningin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

  • 15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasamemberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang bolehmembawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benartakut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

  • 16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripadaseperti seorang kekasih.

  • 17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGALseperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamudi tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedangmemikirkan kamu.

  • 18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu danmelakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamumengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maafdan tak akan melakukannya lagi.

  • 19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akanmengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh didunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidakpernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar manapermintaan mu.

  • 20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasisebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamuwalaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Diajuga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamumenjadi benda-benda berharga buatnya.

  • 21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksimenolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,walaupun hal itu membunuh hatinya..

  • 22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatandia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencariorang lain.Dia sentiasa menunggu kamu.

  • 23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinyasebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana diatidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apaitu cinta.

Sunday, December 7, 2008

Kuda




Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyanyi lagu Hattan dia nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je.


Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian, makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak? "Maka dengan selambanya budak tu berkata, "Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk. (Senak la agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya.


Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu. "Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa. Maka sampailah hari pertandingan tu... ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,"Cubalah kalau boleh".


Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi. Raja berasa pelik lalu bertanya! "Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?" Dengan selambanya budak tu jawab, "Nak kena jentik lagi...??"

Monday, December 1, 2008

Ciptaan TUhan





Seorang petani yang menunggang keldai, tiba diladang tembikai. Dia berasa letih & dahaga, lalu duduk berehat di tempat teduh, dibawah rimbunan pokok walnut sambil dia memerhati pokok-pokok tembikai yang menjalar... Dia melihat pula keatas pokok & ternampak beberapa biji walnut tergantung-gantung di atas pokok yang tinggi itu. Dia kagum dan hairan dengan kuasa Tuhan, mengapa walnut yang kecil itu tumbuh pada pokok yang besar, manakala tembikai yang besar bergantung pada pokok yang menjalar dan kelihatan rapuh. Sedang asyik petani itu kehairanan dan berfikir, sebiji walnut jatuh diatas kepalanya... Dia pun menadah tangan kelangit dan berkata penuh kesyukuran, "Oh Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana, mujurlah tembikai tidak tumbuh pada pokok besar, kalau tidak, tentu dah mati aku sekarang ni..."

Balik kaki ayam


Maka tersebutlah kisah di sebuah kampung bernama Pinang 18, namanya sebegitu kerana hanya terdapat 18 pokok pinang kat kampung tu,kira banyak jugakkan... tinggal lah seorang orang yg gila bernama Ali( memang nama sebenar). Ali tinggal seorang diri setelah kedua ibubapanya meninggal dunia. Pondoknya terletak di hujung kampung. Ada org kata, Ali ni mewarisi sifat gila dari bapanya..


Peristiwa tragis ini berlaku pada hari jumaat. maka hendak dijadikan cerita, seperti hari2 jumaat yg lain, Ali akan pergi ke masjid utk menunaikan solat jumaat. sungguhpun dia ni gila.. tapi dalam bab sembahyang dia tak pernah gila. oleh itu kengkawan semua, contohi lah sikap Ali ni, jgnlah miss solat. nnti kita lebih gila dari org yg gila. Setelah selesai solat, Ali pun macam biasa nak balik rumah dia. Puas dicarinya selipar buruk kesayangannya, tapi tak berjumpa jugak. Benganglah si Ali ni sebab selipar dia dah kena curi.


Dengan tergesa2..Ali masuk balik ke dalam masjid dan terus menuju ke microfon. Apalagi... dia pun buat pengumuman dengan suara yg ala2 ganaz lagi brutal.. "Kepada sesiapa yg curi kasut aku, tolong pulang balik, kalau tak aku akan buat macam yg arwah bapak aku buat tahun lepas!!!!" Maka takutlah orang kampung Pinang 18. Almaklumler... orang giler ni kalau nak mengamuk punyalah dahsyat. Kalau tak guna parang, mesti tak thrill.


Tetiba datanglah seorang budak dengan wajah yg pucat lagi takut menjinjing selipar buruk Ali. Sambil tersengih2 budak tu berkata... "alaaa abang ni.. saya nak bergurau pun tak boleh.." Ali menjegilkan biji matanya tanda geram sesangat kat budak tu. Lintang-pukanglah budak tu lari. Setelah dapat selipar buruknya..Ali pun bersiap2 utk meninggalkan masjid. Pak Imam yg dari tadi memerhatikan kelakuan Ali cuba mendekatinya. Dengan rasa takut.. Pak Imam pun bertanya... "Errrr...boleh aku tahu..apa yg arwah bapak ko buat bila dia tak dapat semula selipar dia?" "Balik kaki ayam ler..."jawab Ali dengan selamba rocknyerr..

Peminat setia mawi


PEMINAT SETIA MAWI... Satu hari seorang pengawal membuat rondaan disetiap bilik orang sakit mental, dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu walaupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat dengan suaranya yang tersendiri mengalunkan lagu Intifada. Kata pengawal itu dalam hatinya,"tak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain." sambil melihat dari luar pesakit tu menyanyi sambil telentang di atas katilnya.
Pengawal terus melalui bilik itu dan berjalan terus untuk meronda kebilik2 pesakit yang lain. Setelah selesai pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi ia masih menyanyi tetapi kali ini lagu aduh saliha pulak. Dia menyanyikan nya memang hebat, bagus sekali tone suaranya , cuma dia sakit mental aje kalau tak boleh buat album....tapi kali ini dia menyanyikan lagu aduh saliha tu dalam keadaan meniarap, lagu intifada yang mula2 tadi terlentang? pengawal tu hairan dan bertanya pada pesakit mental tu... "kenapa kamu menyanyi meniarap? tadi terlentang?" Jawab pesakit mental tu..... "Tadi SIDE A...ini SIDE B lah pulak...." Pengawal tu pun beredar dari situ dan berkata dalam hatinya.."betul jugak" heeeeheeee.... 

Langkah Bestari Suami Mithali (",)

Pengantin dan yang dah menjadi Suami Isteri:

Langkah Bestari Suami Mithali


  1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

  2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

  3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

  4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

  5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

  6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

  7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

  8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

  9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

  10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

  11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

  12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

  13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

  14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

  15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

  16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

  17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

  18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

  19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

  20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

  21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

  22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

  23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunnah dalam rumahtangga. Sebut nama RasuluLlah apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

  24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

  25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

  26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

  27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

  28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

  29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

  30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

  31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

  32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

  33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

  34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

  35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

  36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

  37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

  38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

  39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

  40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

  41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

  42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

  43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

  44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

  45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

  46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

  47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

  48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

  49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

  50. Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. Kakuakan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang

Tumpang berteduh

Hari tu kan.... rasa² nya hari khamis malam jumaat. Hari tu kan, hujan renyai². Sejuk wooo... sampai tulang hitam. Kiter tak der tempat nak tumpang berteduh..... tetiba kiter teringat rumah awak dekat jer ngan tempat kiter tuh... Kiter pun pergi lah rumah awak.....

Kiter ketuk pintu.... 1x, 2x, 3x, 4x, 5x, 6x, 7x, 8x, 9x, 10x, 11x,12x, 13x, 14x, 15x, 16x, 17x, 18x, 19x, 20x, awak buat dek jerr.... ohhh malam jumaat kot... Kiter pun ting tong awak... ting tong, ting tong, ting tong, 1x, 2x, 3x, 4x, 5x, 6x, 7x, 8x, 9x, 10x, 11x,12x, 13x, 14x, 15x,16x, 17x, 18x, 19x, pon awak buat tak tau jer .....

Pas tu kiter dengar ada orang jalan kat pintu umah awak, plahan² bukak pintu.... Ohhhh ada jugak orang kat umah, boleh saya bertumpang teduh.... kot² adala kopi panas ker... milo panas ker.... cekodok ker... lempeng gula merah + susu ker..., peria masak lemak cili api ker.... spagetti ker... ala... maklumlah... hujan, kiter lapar... cam dah lamer jer kita tak makan... tapi memang dah lama pun..... Tapi yg kiter kecik ati sangat tuh.... bila awak bukak jer pintu.... awak terus tutup balik.... dah lah tu siap menjerit lagi... tak sempat pun kiter bagi salam.... hek..... walaupun awak pernah kate kiter tak der hati perut... takperlah tapi kali ni betul² kecik ati kiter tau...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
yang benar,


















Cucur Udang




Ali bengang giler bile dia dapati cucur udang yg dibeli x de sekor udang pun kat dlm nyer.. lalu dia pun pi balik ke gerai makcik jual kuih tu. Dgn panas hati dia tanye kat makcik yg jual tu...


"Makcik apsal cucur udang ni sekor udang pun x de?!" Makcik yg jual tu pn dgn selambernye menjawab "abih tu yg ko beli cucur badak ada x badak kat dlmnya?! Camne plak dgn cucur kodok, ade x kodok yg melompat kat ko?! Ali rase mcm nk bunuh diri dgn jwpan yg diberi makcik tadi....




**Moral: Hidup ni kena byk bersabar! Sabar adalah sebahagian dari IMAN. Anggap segala yg berlaku, hanya utk menguji keIMANan kita!





Dzikir Malam 'Jemaat'


Alkisahnya, ada hamba Allah ni yang kerjanya selalu outstation, macam orang jual ubat yang lama baru balik rumah. Pada satu petang Khamis tu dia pun balik rumah. Dah mandi gitu dia pun sembahyang, lepas sembahyang dia berwirid.

Masa tengah zikir... "La ilahaillallah...", dia berhenti sekejap teriak tanya bini, "Budak-budak dah mandi, Mah". "Dah Bang" jawab bininya. 'La ilaha illallah ..." disambung zikirnya. Tak lama lepas tu, dia berhenti sekejap zikirnya dan tanya, "Budak-budak dah makan, Mah". "Dah Bang, saya kasi makan terus lepas pakaikan baju tadi", jawab bininya.

Syukur dia dapat bini yang cekap. "La ilaha illallah ..."dengan laju sikit rentak zikirnya. Selepas beberapa minit, dia tanya lagi bininya, "Budak-budak dah tidur Mah". "Dah Bang" jawab bininya tu. "Baguslah tu", dia jawab dengan senyum sedikit. Laju sekali zikirnya macam naik sheikh, "La ilahaillah ..." tak sabar.

Tak berapa minit lepas tu dia berhenti sekejap lagi dan dengan nada romantik ditanya bininya, "Mah dah sembahyang belum". Bininya lantas menjawab, "Mah tak boleh sembahyang, Bang". "Laaaaaa ilaaaaha illallaaaaaaaahhhhhh", dengan nada mengeluh diakhiri zikir panjangnya dan terus naik katil tidur, kecewa salah kira hari untuk pulang. Yang bini di luar heran kenapa tiba-tiba berhenti zikir suaminya....

Cerita Ayam Tua Yang Macho



Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul, tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 25 ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak). Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :



Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda : Banyak hensem ko punya muka, tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.


Si ayam jalak tua : Eh a... berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Saper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.


Si ayam jalak muda : Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)


Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing.


Si ayam jalak muda : Apa dia?


Set Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.


Si ayam jalak muda : Boleh (dengan penuh keyakinan).


Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.



Kenapa????? [jawapan ada di bawah] . . .




























Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"





***NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick nyer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...