"Jangan menghina biar di hina kerana sehina-hina orang yang dihina lebih hina yang menghina"

Circle Y Saddles

MUTAKHIR

.

Monday, December 1, 2008

Ciptaan TUhan





Seorang petani yang menunggang keldai, tiba diladang tembikai. Dia berasa letih & dahaga, lalu duduk berehat di tempat teduh, dibawah rimbunan pokok walnut sambil dia memerhati pokok-pokok tembikai yang menjalar... Dia melihat pula keatas pokok & ternampak beberapa biji walnut tergantung-gantung di atas pokok yang tinggi itu. Dia kagum dan hairan dengan kuasa Tuhan, mengapa walnut yang kecil itu tumbuh pada pokok yang besar, manakala tembikai yang besar bergantung pada pokok yang menjalar dan kelihatan rapuh. Sedang asyik petani itu kehairanan dan berfikir, sebiji walnut jatuh diatas kepalanya... Dia pun menadah tangan kelangit dan berkata penuh kesyukuran, "Oh Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana, mujurlah tembikai tidak tumbuh pada pokok besar, kalau tidak, tentu dah mati aku sekarang ni..."

1 comment:

Lily Cartina said...

Tuhan memang Hebat.
Tuhan itu best skali.

Tuhan hanya lakukan yang terbaik dan tiada yang terbaik selain dariNya.
Baik untuk engkau, untuk aku, untuk semua.