"Jangan menghina biar di hina kerana sehina-hina orang yang dihina lebih hina yang menghina"

Circle Y Saddles

MUTAKHIR

.

Saturday, July 11, 2009

Pemimpin kumpulan tabligh diseru satu padukan ummah


11/07/2009 4:50pm

NILAI 11 Julai — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa melawat Ijtimak (Perhimpunan) Dakwah Tabligh Sedunia di kawasan lapang berhampiran Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini.

Beliau tiba pada kira-kira pukul 1.30 petang dan sejurus tiba beliau dibawa ke sebuah khemah khas berhawa dingin dan kemudian diberi taklimat oleh anggota Syura Malaysia Sheikh Mohamad Sheikh Ali mengenai perhimpunan itu.

Beliau kemudian menunaikan solat zohor bersama ratusan ribu jemaah. Selesai solat dan sebelum beredar pulang pada kira-kira pukul 2.15 petang, beliau sempat bersalam-salaman dan beramah mesra dengan jemaah.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Muhyiddin berkata beliau sudah berjumpa dengan pemimpin kumpulan perhimpunan tabligh tersebut dan menyeru mereka agar sentiasa mementingkan soal kecintaan kepada agama, semangat perpaduan ukhwah Islamiah serta bersikap sederhana dan berusaha untuk menyatupadukan ummah.

“Perhimpunan kumpulan Tabligh ini adalah yang terbesar dan Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama kumpulan itu pada hari ini,” katanya ringkas.

Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 200,000 jemaah dari 40 buah negara itu bermula Rabu lepas dan berakhir esok.

Perhimpunan itu adalah kali kedua diadakan di Malaysia selepas 27 tahun.

Kali pertama Malaysia sebagai tuan rumah perhimpunan itu, ia diadakan di Terengganu.

— BERNAMA

4 comments:

umi_e said...

sudah pasti T'ganu akan meriah dengan perhimpunan tersebut...

soutulmujahid.com said...

salam

harap kepimpinan sekular dapat hidayah selepas hadiri ijitmak ni. amin3

jangan kata satupadukan ummah kalau dia sendiri bertelagah sesama Islam

Anonymous said...

banyak gambar...
hidayat pilihan Allah...
kita sendiri pun x tahu kita kat tahap mane nanti...

Bonekahati said...

Salamz,

Sentiasa berdoa supaya Allah kekalkan iman & hidayah, sentiasa Muhasabah diri sendiri. Jangan pandang kelemahan & keburukkan , pandanglah kebaikkan walaupun hanya satu kebaikkan yang ada.