"Jangan menghina biar di hina kerana sehina-hina orang yang dihina lebih hina yang menghina"

Circle Y Saddles

MUTAKHIR

.

Wednesday, October 7, 2009

Kelantan Haramkan Purdah?





Terkejut baca Sinar Harian pagi ni.. "Kelantan haramkan purdah!" KiTTuN dah 14 thn berniqab mana boleh nak buka niqab senang2 jer. Mustahil rasanya kalau diarahkan keluar rumah tanpa niqab. Ibarat berbogel rasanya. Apa yg paling diharapkan jgn lah org yg berniqab di COP sebagai pemberontak & penjenayah. Kami dah terbiasa berniqab tanpa niqab amat jelek rasanya. Errmmm... harapnya jangan lah sampai kuar fatwa purdah di haramkan 100%.

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri akan mengharamkan pemakaian purdah sekiranya ia boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata semalam.

:Katanya, beliau sudah lama menyebut bahawa Islam hanya minta perempuan tutup aurat dan tidak pernah menyebut mengenai tutup muka atau berpurdah.

:“Sebelum ini saya hanya menyebut fasal tutup aurat, macam kita nak sembahyang, nak pergi ke masjidil haram. Pakai macam kain sembahyang yang kita panggil telekung,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

:Beliau diminta mengulas cadangan Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi untuk mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi-institusi pendidikan di bawah universiti Al-Azhar.

:“Islam menuntut perempuan tutup aurat, tidak perlu tutup muka. Cuma saya tidak kata haram yang tutup muka itu. Tetapi pada masa sekarang sabotaj banyak, polis tidak kenal lelaki atau perempuan yang pakai tudung ini, terutama di negara-negara yang banyak letupan bom. Kalau kena Kelantan pun saya kata haram kalau pakai purdah,” katanya.

:Menurut laporan akhbar bebas Al-Masry Al-Youm, langkah pengharaman itu dipercayai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung manifestasi Islam yang dianggap ultra-konservatif di Mesir.:

:Langkah itu juga berdasarkan faktor keselamatan. Walaupun majoriti wanita Mesir memakai tudung, hanya segelintir memakai purdah atau dikenali sebagai niqab yang menutup muka dan lebih kerap ditemui di Arab Saudi yang mengamalkan ajaran Wahabi.

:Kebanyakan ulama berpendapat purdah tidak wajib tetapi hanyalah adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi sebelum kedatangan Islam.

:Tantawi akan mengumumkan dan mengeluarkan arahan itu tidak lama lagi bagi mengharamkan pelajar perempuan yang memakai niqab daripada memasuki sekolah-sekolah Al-Azhar.

:Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz berkata, parti itu sedia mengkaji cadangan supaya parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR) didaftar sebagai satu gabungan yang sah seperti Barisan Nasional.

:“Itu masalah teknikal dan boleh dilakukan jika keadaan dan undang-undang memerlukan kita berbuat demikian,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini, semalam .

:Nik Aziz berkata, Pas berpengalaman dalam gabungan parti pembangkang lain sebelum ini dan soal ada antara gabungan PR dikatakan tidak sefahaman boleh dibincangkan semula.

:“Jadi, tidak timbul soal Pas tidak boleh bekerjasama dengan DAP kerana mempunyai dasar parti yang berlainan. Sekarang pun dah berkempen bersama, kita boleh buat itu, terserah pada kepimpinan Pusat,” katanya


1 comment:

Anonymous said...

salam kittun..saya juga bharap n berdoa moga tidak timbul soal pengharaman niqab n moga sahabiah2 berniqab tidak terkena tempias fitnah para pengganas.
sgt kasihan pada mereka yg telah memelihara wajah dengan berniqab dan tiba2 perlu dibuka..tapi kalau takleh pakai niqab,pakailah face mask...sebab face mask org tak halang pula.. wallahua'lam.