"Jangan menghina biar di hina kerana sehina-hina orang yang dihina lebih hina yang menghina"

Circle Y Saddles

MUTAKHIR

.

Wednesday, April 14, 2010

Etika menunggang kuda

- Sentiasa berwaspada ketika dekat dengan kuda. Walaupun jinak dan manja, ia adalah haiwan yang besar dan kuat serta boleh mencederakan anda secara tidak sengaja.

- Kuda adalah makhluk yang juga mempunyai perasaan. Anda tidak boleh secara tiba-tiba melompat ke atas belakangnya dan membuatkannya terkejut dan marah. Reaksi spontan haiwan itu sudah tentu melarikan diri.

- Ketika dekat dengan kuda, patuhi apa yang diarahkan oleh jurulatih kuda kerana mereka lebih mengetahui dan mengenali kuda tersebut.

- Jangan takut bertanya. Jangan menjerit, melompat-lompat atau melakukan pergerakan secara tiba-tiba ketika di samping kuda.

- Membaling sesuatu pada kuda adalah dilarang sama sekali, begitu juga berlari secara tiba-tiba ke arah kuda, merangkul atau memukulnya.

- Kuda tidak boleh nampak bahagian depan hidungnya atau belakang, memukul atau menepuk kawasan tersebut secara tiba-tiba akan membuatkannya terkejut. Jarak pandangannya tidak jelas seperti manusia, jadi apabila sesuatu bergerak secara tiba-tiba, sesetengah kuda mungkin melompat.

- Jangan berada di belakang atau di depan kuda kecuali jika anda diarahkan. Merangkak di bawah kepala atau perut kuda boleh menyebabkan anda ditendang atau dipijak kerana kebanyakan kuda tidak suka keadaan itu.

- Sesetengah orang cenderung untuk menepuk kuda, tetapi kuda sebenarnya tidak suka perbuatan itu. Lebih baik menggosok atau mengusapnya perlahan-lahan dan pastikan jangan menjerit pada haiwan itu, sebaliknya anda boleh bercakap dengan baik dan lembut.

No comments: