"Jangan menghina biar di hina kerana sehina-hina orang yang dihina lebih hina yang menghina"
MUTAKHIR
.
Sunday, June 27, 2010
Wednesday, June 16, 2010
Tuesday, June 15, 2010
Pindah Kuda ke Polo Club Stable.
Lega rasanya pindah Ribeiro ke POLO CLUB stable. Kittun sangat suka dengan suasana POLO CLUB KELANTAN berbeza dengan suasana di stable lama. Di sini kita dapat rasa suasana segar dengan rumput yang menghijau. Kuda juga nampak nyaman dengan keadaan di sini. Kebersihan nampaknya amat dititikberatkan. Kuda kita dijaga dengan rapi dan teliti. Diet kuda juga sangat berkualiti.
Waktu yang paling seronok untuk menunggang adalah di awal pagi. Ia juga sangat baik untuk kesihatan. Setiap hari seawal jam 6.30am kittun sudah bersedia untuk berangkat ke padang polo. Untung padang polo tidak jauh dari rumah kittun. Biasanya kalau kittun tiba di stable Nina sudah siapkan kudanya untuk turun ke padang. Jadi kami akan riding bersama-sama. 2 jam untuk riding. Selesai riding kami sejukkan kuda dan terus mandikan mereka. Waktu mandikan kuda adalah paling seronok bagi kittun. walaupun kerja mandikan kuda itu akan dilakukan oleh budak-budak di stable tapi kittun lebih suka mandikan sendiri Ribeiro. Keserasian & hubungan kasih sayang antara kuda dan pemilik akan menjadi lebih erat. Kebanyakkan kuda-kuda di POLO CLUB lebih mengenali penjaga kuda lebih dari pemilik mereka sendiri. Kittun tidak mahu itu berlaku kepada Ribeiro. Biarlah kittun urus sendiri Ribeiro itu lebih berpuas hati kerana Kittun sangat menyayanginya.
Suasana POLO CLUB di waktu pagi. Kuda akan dibawa keluar untuk riadah. Kadang-kadang pemilik tidak mempunyai waktu untuk bersama kuda mereka, penjaga kuda akan pastikan kuda sentiasa cukup stamina. Kuda yang tidak beriadah mungkin akan mudah diserang penyakit jantung. Memang di POLO CLUB KELANTAN perkara tersebut amat dititikberatkan. Syabas untuk pihak pengurusan POLO CLUB KELANTAN.
Suasana di padang POLO
Kittun & Ribeiro
Mandikan Ribeiro,
Pastikan seluruh bahagian bersih.
Bersama Nina from Sweden
Friday, June 11, 2010
Friday, June 4, 2010
Pure Arabian Horses Farm Bilakah Mimpi Akan Menjadi Nyata...
Sejauh mana anda mengenali kuda arab? Bukan kuda arab kacuk tapi Pure Arabian Horse with PEDIGREE di bawa khas dr padang pasir YEMEN. Rata-rata orang tahu kuda arab adalah kuda yang terbaik. Tahan lasak, adalah ciri-ciri utamanya. Potongan badan yang cantik. Kittun suka melihat bentuk kepala kuda arab, sekali pandang seperti Kuda Laut (sea Horses). Karektor juga sangat menarik dan cerdik. Kalau ia berlari lembut sungguh langkahnya. Ekor yang terangkat kepala yang mendongak aduh... cantik amat. Azam untuk memiliki sepasang Kuda Arab Asli khas untuk pembiakan. pasti ia memerlukan modal yang tinggi. Mana tidaknya sepasang kuda arab asli agak lumayan, harga yang belum termasuk kos pernghantaran lagi sudah mencecah puluhan ribu usd. Kecantikkannya itu benar-benar buat kittun jadi gila. Lebih-lebih lagi yang berwarna hitam solid. Kalau dulu kittun berazam untuk membuka sebuah cattery kucing Bengals berkualiti tinggi, alhamdulillah ianya berhasil dengan mengimport 6 ekor kucing bengals induk dari USA & U.K Kittun berjaya membiakkan mereka. Maka wujudlah KITTUNKATZ BENGAL CATTERY. Kini perhatian tertumpu pada kuda arab pula. Nampaknya kena berusaha kumpul dana untuk matlamat itu, supaya ia tidak menjadi angan-angan kosong insyaALLAH
Tuesday, June 1, 2010
Bila Sudah Jatuh Cinta Sama Kuda, Ada yang Cemburu Sama Kita.
Kuda sejenis binatang pintar yang memiliki emosi seperti manusia juga. Kadang-kadang ia lebih sensitif dari manusia. Apa yang saya dapat lihat kedua ekor kuda milik Kittun ini mempunyai karektor yang berbeza. Ribeiro & Baby Empreror, kedua-dua kuda ini sangat manja. Yang paling manja adalah Ribeiro. Bila salah satu dari mereka pandai mengambil hati kita, pasti kasih sayang akan terjalin. Kedua-dua mereka suka menagih kasih daripada kittun. Sifat cemburu bukan hanya dapat dilihat pada manusia. Kuda juga mempunyai sifat cemburu itu. Lebih-lebih lagi Ribeiro. Ia sangat cemburu bila kittun menghampiri baby emperor. Pernah terjadi kes Ribeiro mengigit bila Baby Emperor datang menghampiri kittun. Ia tidak suka kalau kittun rapat dan manja dengan kuda lain. Itulah Ribeiro.
Himran
Ada seekor lagi kuda bernama Himran, kuda dari Myanmar tak tahu gred & jenis apa, tapi dia ni sangat-sangat agresif. suka tendang dan gigit orang. Kittun sendiri pernah digigitnya. Tidaklah cedera tapi kesan lebam itu ada. Agak sukar untuk menguruskannya. Walaupun begitu ia mempunyai kelebihan tersendiri, Himran dia tak pernah letih. Walau dibawa berlari sejauh mana pun dia masih segar walau peluh membasahi tubuhnya. Lihat kakinya kita sudah dapat meramalkan ketahanannya. Ia agak lasak, mungkin sebelum ini pernah digunakan untuk menarik beban atau sesuatu yg memerlukan kekuatan. Tenaganya seperti kuda arab. Berbanding dgn Ribeiro & Baby Emperor, Himran jauh lebih bertenaga walaupun Himran itu kuda betina. Ambil masa yang agak lama untuk menghampiri Himran. Setiap kali ke stable Himran tidak akan diabaikan. pasti kittun akan cuba menghampirinya walaupun pernah digigit. Percubaan demi percubaan perkenalan diberikan, cuba bercakap-cakap dengannya, hadiahkan lobak merah dan gula cube serta semua percubaan-percubaan lain. Bila sudah ada kepercayaan Himran semakin mesra dan cuba merapatkan diri dengan kittun. Rasa bahagia bila kuda liar itu semakin mesra biarpun dengan orang lain dia akan menjauhkan diri.
Maid & Ribeiro
Kittun tidak pernah percaya bila orang kata kalau kita ada kuda, kita akan menyayanginya melebihi haiwan-haiwan peliharaan lain. tapi ternyata kenyataan itu benar. Sebelum ini kittun melihat seekor kuda itu tak ubah seperti seekor lembu. Tapi semenjak memiliki kuda sendiri persepsi itu berubah. Apa yang kita dapat rasai kuda itu mempunyai satu aura yang berbeza dengan binatang-binatang lain. Kittun punya kucing yang banyak, punya anjing dan punya ikan koi yang cantik-cantik tapi kini hati sudah jatuh cinta sama itu kuda. Cinta sama kuda itu mengatasi cinta kepada manusia. Allah swt mengurniakan sifat kasih sayang itu ikhlas terhadap binatang. Kadang-kadang ianya boleh membuatkan orang yang paling hampir dengan Kittun turut berasa cemburu dan irihati dengan layanan Kittun terhadap binatang kesayangan. Mana tidaknya bila Kittun layan pet 'OverDose' orang paling hampir dengan Kittun mula tarik muka. Seolah-olah tak faham hati kita.
Entahlah susah kittun nak ceritakan, jiwa manusia sukar diramal dan berubah-ubah. Orang yang paling hampir dengan kita boleh membuat hati kita terguris dan disakiti tapi haiwan-haiwan kesayangan kittun tidak pernah melakukan sedemikian. Walaupun kita marah, mereka langsung tidak menyimpan dendam dan menerima seadanya. Berbeza dengan sifat manusia, segala kebaikan yang dilakukan seperti tidak ikhlas dan mengharapkan pembalasan. Perbezaan kasih sayang manusia dan kasih sayang haiwan kesayangan ternyata sangat-sangat berbeza. Sehinggakan kittun berasa tidak perlu sesiapa dalam kehidupan kittun. Seandainya tiada persefahaman.
*Cinta pada Pencipta itu kekal abadi..
Subscribe to:
Posts (Atom)