"Jangan menghina biar di hina kerana sehina-hina orang yang dihina lebih hina yang menghina"

MUTAKHIR

.

Friday, June 4, 2010

Pure Arabian Horses Farm Bilakah Mimpi Akan Menjadi Nyata...



Sejauh mana anda mengenali kuda arab? Bukan kuda arab kacuk tapi Pure Arabian Horse with PEDIGREE di bawa khas dr padang pasir YEMEN. Rata-rata orang tahu kuda arab adalah kuda yang terbaik. Tahan lasak, adalah ciri-ciri utamanya. Potongan badan yang cantik. Kittun suka melihat bentuk kepala kuda arab, sekali pandang seperti Kuda Laut (sea Horses). Karektor juga sangat menarik dan cerdik. Kalau ia berlari lembut sungguh langkahnya. Ekor yang terangkat kepala yang mendongak aduh... cantik amat. Azam untuk memiliki sepasang Kuda Arab Asli khas untuk pembiakan. pasti ia memerlukan modal yang tinggi. Mana tidaknya sepasang kuda arab asli agak lumayan, harga yang belum termasuk kos pernghantaran lagi sudah mencecah puluhan ribu usd. Kecantikkannya itu benar-benar buat kittun jadi gila. Lebih-lebih lagi yang berwarna hitam solid. Kalau dulu kittun berazam untuk membuka sebuah cattery kucing Bengals berkualiti tinggi, alhamdulillah ianya berhasil dengan mengimport 6 ekor kucing bengals induk dari USA & U.K Kittun berjaya membiakkan mereka. Maka wujudlah KITTUNKATZ BENGAL CATTERY. Kini perhatian tertumpu pada kuda arab pula. Nampaknya kena berusaha kumpul dana untuk matlamat itu, supaya ia tidak menjadi angan-angan kosong insyaALLAH

1 comment:

KiTTuN said...

Kepada mereka yang menelefon saya untuk jadi share holder saya minta maaf, saya tak berminat nak share dgn sesiapa. Bukan takut risiko ke apa ke cuma kalau kita bergerak sendiri itu lebih baik dari kita share dengan mereka-mereka yg hanya mahu mengambil kesempatan.