Apabila seseorang itu Tuhan timpakan sakit, mula-mula sekali Tuhan maksudkan untuk menjadi suis automatik kepada orang itu. Iaitu suis automatik untuk ingat kepada Tuhan. Melalui sakit itu Tuhan bermaksud supaya orang itu ingat bahawa Tuhan memanggil dirinya supaya ingat kepada Tuhan setelah mungkin terlalu lama melupai atau lalai dari ingatkan Tuhan.
Bagi orang yang memang ingatkan Tuhan, melalui sakit itu Tuhan bermaksud agar semakin dekat dengan Tuhan. Bagi orang yang beriman, dia amat faham bahawa sakit itu sendiri merupakan sebagai tanda atau isyarat bahawa Tuhan ambil perhatian terhadap dirinya.Sebab itu para salafussoleh risau sekiranya terlalu lama Tuhan tidak sakitkan dirinya. Bimbang kalau-kalau Tuhan sudah melupainya atau Tuhan sudah tidak memberi perhatian terhadapnya. Selain itu hikmah sakit juga adalah tanda rahmat Tuhan.
“Seseorang hamba itu apabila tercatat namanya satu darjat dalam Syurga dan dia tidak dapat mencapainya dengan amal ibadah maka Tuhan datangkan ujian. Lantas dia bersabar di atas ujian itu maka kekallah darjat itu di dalam Syurga.”
Sebab itu betapa pentingnya kenal Tuhan dan memahami kerja Tuhan ke atas hamba-Nya. Kalau tiada iman dan tidak memahami kerja Tuhan maka manusia menerima sesuatu yang pada pandangan mereka negatif sebagai negatif. Dia akan bersangka buruk kepada Tuhan. Sangka buruk kepada Tuhan adalah satu dosa. Dengan sebab sangka buruk itu sesuatu yang amat positif dari Tuhan natijahnya menjadi suatu yang amat negatif bahkan berdosa kerana sangka buruk kepada Tuhannya. Umpamanya sakit,
Kita juga kena faham bahawa Tuhan tidak memiliki perasaan seperti manusia. Apabila Tuhan mencintai hamba-hamba-Nya bererti bahawa Tuhan mencintai bukan dengan perasaan. Tanda Tuhan mencintai seseorang itu ialah dengan cara Tuhan mendatangkan ujian kepada seseorang. Membalas cinta Tuhan itu ialah dengan sabar dan redha terhadap ujian-ujian tersebut. Apabila ini dapat dilakukan maka terjadilah antara orang itu dengan Tuhannya cinta mencintai.
No comments:
Post a Comment