"Jangan menghina biar di hina kerana sehina-hina orang yang dihina lebih hina yang menghina"

Circle Y Saddles

MUTAKHIR

.

Wednesday, March 4, 2009

Hamba tetap Hamba


Kuali itu diletakkan di tempat mana pun dan di dalam keadaan apa pun ia tetap kuali. Kuali itu tetap hitam legam. Beralih-alih tempat dan suasana, ia tidak akan mengubah hakikatnya. Kuali tetap kuali, ia tidak akan jadi intan berlian. Letak di dapur pun kuali, letak di serambi pun kuali. Sekalipun diletakkan di pelamin, tempat yang indah dan mulia, ia tetap juga kuali.

Begitulah manusia, hamba Allah di mana pun dia berada. Di dalam suasana apa pun dia berada, dia tetap hamba. Ia tidak bertukar jadi makhluk lain. Hamba tetap hina, hamba tetap lemah, hamba memerlukan pertolongan dan bantuan. Kalau dia petani, tetap juga hamba. Jika dia guru, tetap juga ia seorang hamba. Walaupun dia seorang kaya, ia tetap juga hamba yang hina. Sekalipun dia raja, menteri dan orang besar, nama hamba tidak akan berubah. Jika dia menteri, dia adalah salah seorang orang besar hamba-hamba. Orang kaya pun hamba yang kaya dikalangan hamba. Tapi manusia hamba Allah itu sungguh pelik. Bila jadi raja atau menteri, orang besar atau kaya, mereka sudah berpelajaran, berubah sikap dan bertukar watak hidupnya. Dia merasa luar biasa, ego dan sombong pun tiba. Orang lain dipandang hina. Inilah dia hamba-hamba yang tidak sedar dirinya hina tetapi merasakan diri mereka mulia. Kita adalah manusia, hamba Tuhan yang tiada kuasa yang memerlukan Tuhan sepanjang masa. Salam kasih sayang

No comments: