"Jangan menghina biar di hina kerana sehina-hina orang yang dihina lebih hina yang menghina"

Circle Y Saddles

MUTAKHIR

.

Sunday, March 15, 2009

KITAB-KITAB FEQH MAZHAB MALIKI

Mazhab Maliki

Kitab2 utama Mazhab Maliki digelar Al-Ummahat (الأمهات). Kitab Ummahat di dalam mazhab Maliki adalah spt berikut : ( Rujuk Mawahibul Jalil karangan al-Hattab, hlm 7)

a) Al-Mudawwanah al-Kubra, Imam Malik Ibn Anas (w 179 H), melalui riwayat Sahnun (w 240 H)

Ia merupakan kitab terbesar di dalam mazhab Maliki. Terdapat 30,200 masalah Feqh sbgmn yang disebut oleh Imam Al-Ma’zari al-Maliki (536 H) dalam kitabnya Taklil ad-Durar.

b) Al-Mustakhrajah, Muhd Bin Ahmad al-Atabi al-Andalusi. Di dalamnya terdpt pelbg masalah feqh yang agak pelik dan syaz, walaupun demikian, kitab ini menjadi pegangan Ulama’ Malikiah spt Ibn Rusd al-Hafid ( 595 H).

c) Al-Mawaziah, Muhd Bin Ibrahim al-Iskandari, dikenali sbg Ibn Mawaz/Muwaz.

- Kitab ini juga merupakan kitab agung yang dikarang oleh Ulama’ Maliki serta dianggap yang paling shohih. Paling lengkap serta diakui terbaik oleh al-Qabisi berbanding semua kitab Maliki. Ia berkata, asalnya kitab ini dikarang oleh pengarangnya untuk menjadi kitab panduan Mazhab dalam masalah furu’.

d) Al-Wadihah fi Sunan wa al-Fiqh, Abd Malik Bin Habib al-Salmi.

Antara kitab2 Feqh Maliki yang sering menjadi oleh Ulama’ semasa adalah seperti berikut :-

a) Al-Mudawwanah, Imam Malik ( 179 H)

b) Al-Isyraf ‘ala Masail al-Khilaf, al-Qadhi Abd Wahab Ali al-Baghdadi (433 H)

c) Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, Ibn Rusd al-Hafid (595 H). Adakalanya dianggap sbg kitab Feqh Perbandingan.

d) Al-Furuq, Ahmad Bin Idris al-Qarafi (684 H)

e) Az-Zakhirah, Ahmad bin Idris Al-Qarafi (684 H)

f) Tabsirah al-Hukkam Fi Usul al-Aqdhiyah, Ibn Farhun (799 H)

g) At-Taj wal-Iklil Li Mukhtasar Khalil B. Ishak al-Maliki (w 776 H), oleh Abu Abdullah Muhd Bin Yusof al-Mawaq (897 H)

h) Mawahib al-Jalil Syarh Muhktasor Khalil, Muhd bin Muhd al-Hattab (953 H)

i) Al-Syarh al-Kabir ‘ala Mukhtasar Khalil, Ahmad Dardir (1201 H)

j) Hasyiah ad-Dusuqi ‘ala syarh al-Kabir lid Dardir, Muhd ad-Dusuqi (1230 H)

k) Hashiyah al-Amir,Muhd Bin Muhd as-Sinbawi Al-Amir (1232 H)

l) Fath al-Ali al-Malik, Abu ‘Abdullah Ahmad ‘illisyh (1299 H)
m) Manh al-Jalil Syarh Muhktasor Khalil, Abu ‘Abdullah Ahmad ‘illisyh (1299 H)

n) Fath al-Rahim ‘ala fiqh al-Imam Malik bi al-Adillah, Muhd Bin Ahmad as-Shanqiti.

Begitulah beberapa buah kitab feqh mazhab yang menjadi tumpuan, kitab muktamad feqh Maliki yang utama adalah al-Mudawwanah al-Kubra.
p/s: Sebagai akhirnya para pembaca bolehlah merujuk kitab berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai istilah dan kitab setiap mazhab Maliki.
  • Muqaddimah kitab ‘ Nur al-Basar Syarh al-Mukhtasar’ dikenali sbg Ithaf al-Muqtani’ bi al-Qalil Fi Syarh Muhktasar Khalil, Al-Allamah Ahmad Al-Hilali (1175 H)
  • Al-Mustolah al-Fiqhi fi al-Mazhab al-Maliki, Al-Allamah Muhd al-Fadil Bin ‘Asyur.
  • Istilah fi al-Mazhab al-Maliki, Prof. Dr Muhd Ibrahim

No comments: